Sebelum Kiamat- realiti dari mata budak lurus bendul

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=q2Figi5rqh0%5D

Sebelum Kiamat << Klik untuk tonton!!

Telemovie Sebelum Kiamat ini berkisar tentang seorang budak bernama Ibrahim yang memberi impak besar dalam kehidupan individu di sekelilingnya. Dia membantu tok imam menyarankan penduduk kampung sembahyang berjemaah di surau selain membantu seorang pelacur yang dihimpit masalah.

Plot cerita menerusi telemovie Sebelum Kiamat ini cukup ringkas di mana seorang budak mampu mencetus kesedaran kepada ramai orang.

Sebelum Kiamat mengisahkan Ibrahim yang masih bersekolah rendah dibesarkan bapanya, Osman yang garang dan panas baran. Osman yang hanya bekerja kampung menceraikan isterinya ketika Ibrahim masih kecil.

Ini membuatkan Ibrahim hidup berdikari dan bersikap penyabar serta tabah. Biarpun, sering dimarahi bapanya dia reda kerana bersyukur masih mempunyai seorang ayah berbanding kanakkanak tidak bernasib baik lain.

Ibrahim sering merindui ibunya, namun tidak tahu sama ada ibunya masih hidup atau mati kerana setiap kali bertanya ayahnya, dia akan dimarahi. Ayahnya memberitahu jika hendak bertemu ibunya, tunggulah hari kiamat.

Dari situ Ibrahim mula mengumpulkan cerita dan bahan rujukan mengenai hari kiamat dan sentiasa berharap hari kiamat cepat tiba supaya dia bertemu dengan ibunya.

Ustaz Hakimi di sekolah sering dijadikan rujukan mengenai hari kiamat membuatkan dia pelik dengan kelakuan Ibrahim. Suratan takdir ditempuh Ibrahim apabila ayahnya meninggal diserang binatang buas ketika bekerja di hutan.

Selepas jenazah ayahnya dikebumikan, Ibrahim tinggal sementara dengan Ustaz Hakimi. Namun, selepas itu dia ingin mencari tanda kiamat kerana merindui ibunya dan mengambil keputusan pergi ke bandar.

Di bandar, Ibrahim mula menemui tanda hari kiamat mengikut tafsirannya sendiri. Pelbagai pengalaman ditempuhinya membuatkan dia yakin hari kiamat sudah hampir.

Ketika sedang makan, Ibrahim terlihat berita di TV yang mengenai kejadian gempa bumi. Seorang pemuda, Zairy hairan melihat tingkah lakunya lalu bertanya mengapa Ibrahim gembira melihat kesengsaraan orang lain.

Ibrahim jujur memberitahu gempa bumi adalah tanda hari kiamat, bermakna dia akan dapat berjumpa ibunya tidak lama lagi. Dia menunjukkan gambar ibunya pada Zairy.

Zairy minta izin merakam gambar ibu Ibrahim menggunakan telefon bimbit dan meminta nama ibunya kerana ingin membantu. Dia juga mengajak Ibrahim tinggal bersama, tetapi Ibrahim enggan kerana suka tinggal di masjid. Baginya rumah Allah adalah sebaik-baik tempat untuknya berlindung.

Zairy mula mendekati Ibrahim dan cuba membetulkan persepsi Ibrahim mengenai hari kiamat. Katanya kiamat adalah kerja Allah dan tidak siapa tahu bilakah akan berlaku. Namun, Ibrahim enggan mendengarnya.

Selepas sekian lama, Ibrahim mula mempercayai kata-kata Zairy. Dia mula putus asa dan merasakan apa yang dilakukannya hanya kerja sia-sia. Dia bercadang pulang ke kampung.

Hari terakhir di masjid yang ditumpanginya, selepas semua jemaah pulang, Ibrahim dalam tangisan memohon doa agar dipertemukan dengan ibu yang sangat dirinduinya.

Dia sedar sebelum dia mati, belum tentu kiamat akan berlaku. Apakah seterusnya yang berlaku? Semua persoalan terjawab apabila penonton mengikuti Sebelum Kiamat sehingga penamat.

Pelakon drama Sebelum Kiamat: Muhammad Naim Daniel Bahari, Soffi Jikan, Sherry Merlis, Zamarul Hisham, Liza Rafar,Noorkhiriah A Shapie, Datuk Rahim Razali

Info Sebelum Kiamat
TELEMOVIE: Sebelum Kiamat
PRODUKSI: Enuja Production Sdn Bhd
PENERBIT EKSEKUTIF: Mohd Ismail Hassan Ali, Rahmatun Nisa Abdul Wahab
PENERBIT: Zainuddin Mohd Ismail
PENGARAH: Murali Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s