yang tidak sempurna harus sedar

manusia tidak akan ada yang sempurna.. maka, dunia manusia tidak akan pernah sempurna. yang tidak sempurna itu akan tambah tampak cacatnya pabila manusia itu hanya mahukan kesempurnaan sedangkan dia itu pusat kekurangan, maka dalam dia mengejar kesempurnaan, dia lantas mengagalkan kompromi, hanya kerana dia.. mahu terasa sempurna sementara.

cuba kalau…

manusia yang tidak sempurna itu menyerahkan segalanya pada yang Maha Sempurna.

bila yang mana diperolehinya itu sempurna, maka dia lantas faham itu bukanlah haknya, bahkan kurniaan yang Maha sempurna. lantas dia bersyukur. memulangkan kesempurnaan kembali pada yang Maha Sempurna.

kesedaran inilah yang jarang ada, bahkan bertambah2 keinginan dia mengejar kesempurnaan yang ditabik milik dia sendiri. bertambah2 menggagalkan kompromi.

cuba kalau…

manusia yang tidak sempurna itu menyerahkan segalanya pada yang Maha Sempurna.

bila yang mana diperolehinya itu cacat/kurang/tidak sempurna, maka dia lantas faham itulah hakikat nasibat dari dia sendiri. ketidaksempurnaan yang hadir kerana dia itu tidak sempurna. lantas dia bersyukur. kerana ketidaksempurnaan itu, meskipun asbab hadir kerana dirinya tidak sempurna, tapi dia faham datangnya diatur yang Maha Sempurna penyusun takdir yang mengurniakan ujian agar kelak membuahkan hikmah.

agar dia yang tidak sempurna belajar untuk tidak kekal di takuk lama, memperbaiki diri, mengejar kesempurnaan dan dalam masa yang sama menyedari bahawa dia tidak sempurna. Lalu, dalam dia berusaha, dia meminta pertolongan dari Yang Maha Sempurna…

maka disini, wujud kompromi. yang saling memahami bahawa masing2 ada kekurangan, perlu saling melengkapi dan masing2 ada kebergantungan pada Yang Maha Sempurna.

SELAMAT BERKOMPROMI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s