Wahai orang2 yang beriman… Bacalah Al-Quran

Kelebihan Al-quran

 

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.

(Surah Al-Maidah: 14 &15)

 

Firman Allah S.W.T lagi:

 

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah: 2)

 

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

 

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: 
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; 
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.

 

Antara hadith lain..

 

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

 

Dan lagi..

 

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.

 

Juga…

 

Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Membaca Al Quran termasuk amal yang sangat mulia, dan Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi yang melakukannya. Seorang mukmin akan menjadikan  Al Quran  sebaik-baik bacaan di  kala senang maupun susah, gembira  ataupun sedih. Malahan membaca  Al Quran  bukan saja menjadi amal ibadah, tetapi juga menjadi  penawar/obat bagi  jiwa (Q.S. Fushshilat :44)

 
 

Dimanakah letak keutamaan atau kelebihan martabat orang yang membaca Al Quran?

 

  • Rasulullah menyatakan dengan 4 perumpaman ” Perumpamaan orang Mu’min yang membaca Al Qur’an adalah seperti Bunga Utrujjah (baunya harum dan rasanya lezat),  orang mukmin yang tak suka membaca Al Qur’an adalah seperti Buah Kurma (baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya), orang munafiq yang membaca Al Qur’an  ibarat Sekuntum Bunga (berbau harum, tetapi pahit rasanya), orang munafiq yang tak suka membaca Al Qur’an tak ubahnya seperti Buah Hanzalah (tidak berbau dan rasanya pahit sekali).(HR.Bukhari & Muslim):

     

  • Ada dua golongan manusia yang sungguh-sungguh orang  dengki kepadanya, yaitu orang yang diberi oleh Allah Kitab Suci Al Qur’an ini, dibacanya siang dan malam; dan orang yang dianugerahi Allah kekayaan harta, siang dan malam kekayaannya itu digunakannya untuk segala sesuatu yang diridhai Allah” (HR. Bukhari  & Muslim).

     

  • Rahmat Allah SWT terhadap orang yang membaca Al Quran  sangat besar.Seperti dijelaskan oleh Hadist ” kepada kaum yang suka berjamaah di rumah-rumah ibadah,  membaca  Al Qur’an secara bergiliran dan mengajarkannya kepada sesama, akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketentraman, akan terlimpah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat, dan Allah akan selalu mengingat mereka(Muslim dr. Abu Hurairah).

     

  • Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda  bagi orang yang membaca Al Quran, seperti yang di katakan oleh Ali bin Abi Thalib:   50 x kebajikan dari tiap-tiap huruf yang diucapkannya, yaitu orang yang membaca Al Quran dalam shalat, 25x kebajikan, yaitu  membaca Al Quran diluar sholat dengan berwudhu’, 10 x kebajikan, yaitu:  membaca Al Qur’an diluar sholat dengan tidak berwudhu’)

 

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

Mendengarkan bacaan Al Quran

 

Mendengarkan orang membaca Al Quran pahalanya sama dengan orang  yang membacanya. Tentang pahala orang mendengarkan bacaan Al Quran (QS. 7 :204)

 

Semakin sering  orang membaca dan mendengarkannya, semakin tertarik hatinya kepada Al Quran. Apalagi jika Al Quran dibaca dengan lidah yang fasih, suara yang baik & merdu akan lebih berpengaruh kepada jiwa yang mendengarkannya. Keadaan orang mukmin  tatkala mendengarkan bacaan Al Quran digambarkan pada (QS. 8:2) . Rasulullah pun sangat suka mendengarkan bacaan Al Quran dari orang lain.

 

Membaca Al Quran sampai khatam

 

Seorang mukmin yang begitu dalam cintanya kepada Al Quran, ketika ia membaca Al Quran seolah-olah jiwanya mengahadap kehadirat Allah SWT, menerima amanat dan hikmat suci, memohon limpah karunia serta rahmat dan pertolongan-Nya.  Sehingga tidak ada suatu kebahagiaan di dalam hatinya , melainkan bila dia dapat membaca Al Quran sampai khatam  dengan keikhlasan hati.

 
 

GOLONGAN MULIA SANGGUP BELAJAR, MENGAJAR AL-QURAN

 

DARIPADA Aisyah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.”

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.” (Surah Al-Waaqiah, ayat 77-80)


Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran perlu dititikberatkan kerana melalui al-Quran Allah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mencapai keredaan dan keselamatan. Dan kerana al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya.

 

Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran seperti sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi)

 

KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

 

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

 

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

 

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

 

*Golongan Yang Mengabaikan al-Quran

 

Sebahagian ulama berkata, bahawa mengabaikan al-Quran itu ada lima tingkatan:

 

  1. Mengabaikan Bacaan al-Quran

 

Enggan membaca al-Quran, tidak ada satu hizib pun yang dibacanya dalam sehari, tidak melihatnya, tidak memperhatikan baris-baris tulisan al-Quran, dan tidak hidup bersama ayat-ayatnya. Orang seumpama ini adalah jenis hamba yang tersesat dan menyesatkan, walaupun dia adalah seorang yang banyak membaca buku dan pandai membaca dan menulis dengan baik.

 

Dialah hamba yang tertutup pintu hatinya, yang tunduk kepada hawa nafsu, yang merasa tidak memerlukan al-Quran. Oleh itu, Allah SWT tidak akan mengkayakan orang itu. Bahkan, di antara mereka ada yang tidak pernah menyentuh al-Quran melainkan hanya pada bulan-bulan Ramadhan sahaja!

 

  1. Mengabaikan Penghayatan al-Quran

     

Orang yang membaca al-Quran namun dia lalai, terlena dan dipermainkan oleh mindanya. Dia menyuarakan dengan lisannya namun hatinya di pasar, di pejabat atau di sekolah. Fikirannya melayang mengingati manusia. Matanya melihat al-Quran, namun dia tidak mengerti terhadap apa yang dibacanya oleh mulutnya itu. Dia termasuk golongan manusia yang mengabaikan penghayatan al-Quran (tadabbur). Padahal, semua kehidupan dan semua cahaya ada pada perenungan kitab yang membawa cahaya ini! Orang yang mengabaikan tadabbur al-Quran, maka dia hanya mendapatkan pahala tilawah (membaca) manakala pahala penghayatan al-Quran dan apa yang dapat dicapai dengan tadabbur itu yang meliputi cahaya (nur), keimanan, kefahaman dan pelajaran, semuanya itu tidak akan diperolehinya.

 

  1. Mengabaikan Pengamalan al-Quran

     

Sama ada dari segi bacaan, tadabbur mahupun pengamalan al-Quran. Manusia-manusia seperti itu sesungguhnya telah ditutup rapat hatinya dan dia hanya mengikutkan hawa nafsunya sahaja. Rasulullah SAW menjadi saksi ke atas mereka. Jika seandainya mereka membaca al-Quran, maka hal itu justeru akan menjadi hujah yang memberatkan mereka, bukan hujah yang membela mereka. Sebab mereka tidak mahu mengamalkan al-Quran, tidak solat bersama orang-orang yang solat, tidak pernah berzakat seperti halnya orang-orang yang berzakat dan tidak berakhlak seperti akhlak yang diajarkan oleh al-Quran. Bahkan mereka menghina dan merendahkan orang-orang soleh. Golongan manusia seperti itu serupa dengan orang-orang munafik, bahkan mungkin mereka adalah orang munafik.

 

“Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (kepadamu)” (at-Taubah: 56)

 

  1. Mengabaikan Berubat Dengan al-Quran

     

Mereka justeru mengatakan bahawa merupakan tindakan yang kelakar jika al-Quran itu dibacakan kepada orang yang sedang sakut atau orang yang pengsan. Bagaimana mereka dapat sembuh dengan al-Quran, bagaimana mungkin al-Quran dapat dijadikan ubat? Perkataan mereka itu telah berlawanan dengan dalil akal mahupun naqli.

 

Dari sisi naqli, banyak sekali nash yang menunjukkan bahawa al-Quran dapat dijadikan sebagai sumber penyembuhan dan pengubatan. Berdasarkan pertimbangan akal, hal itu tidak bercanggah dengan hukum sebab akibat, yang di antaranya adalah bahawa terapi kesembuhan adalah dengan cara menyegarkan jiwa dan membuatnya bahagia. Dalam hal ini al-Quran telah berbuat banyak dalam memberi kesegaran dan kebahagiaan jiwa. Oleh itu, Rasulullah SAW menjadikan al-Quran sebagai ubat dengan cara membacanya.

 

Ketika baginda mendapat serangan sihir dari seorang Yahudi, baginda membaca al-Mu’awwidzatain (surah an-Nas dan al-Falaq) dan Allah SWT menyembuhkannya. Dan jika hendak tidur, Rasulullah SAW mengusap badannya dan membaca al-Mu’awwidzatain.

 

  1. Mengabaikan al-Quran Sebagai Sumber Hukum Kehidupan

     

Jika al-Quran harus diterapkan dalam kehidupan nyata, seperti pada persoalan ekonomi, politik, pemerintahan, atau dalam bidang seni budaya, maka mereka berpaling dan meninggalkan al-Quran. Mereka mengatakan bahawa agenda-agenda kehidupan itu merupakan persoalan tersendiri dan terpisah dari al-Quran.

 

Mereka tidak memahami bahawa fungsi yang utama dari al-Quran itu adalah sebagai petunjuk umat manusia, sebagai sumber hukum bagi kehidupan umat manusia; yang meliputi aspek ekonomi, ketenteraan, hubungan manusia dengan sesama dan segala yang berhubungkait dengan aktiviti kehidupan. Sebab, al-Quran merupakan pedoman hidup, pembimbing menuju akhirat, dan petunjuk bagi jiwa.

 

Tidak dibenarkan jika ada alasan yang merintangi kita dari kitab Allah. Hidupkanlah al-Quran dalam rumah kita, dalam keluarga kita, dalam sekolah kita, dan dalam kenderaan kita. Hidupkanlah kitab ini agar kita dapat mencapai bahagia dan agar Allah SWT menolong kita, mengekalkan kedamaian dan keselamatan kepada kita, agar Allah SWT tidak murka kepada kita, sebab apabila Allah SWT murka maka Dia akan menggoncangkan hidup kita sebagaimana Dia menggoncangkan umat lain, dan membinasakan kita seperti umat yang telah dibinasakan oleh-Nya. Sesungguhnya azab Allah SWT tidak akan dapat ditolak oleh orang-orang yang berbuat kejahatan.

 

*dipetik daripada buku karangan Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni yang bertajuk Ala Ma’idatil-Quran (Sejenak Bersama Hidangan al-Quran) 

 

p/s:

Entri ini merupakan seratus peratus petikan entri2 yang dibaca pemilik blog ini lalu dikongsikan disini.. sekiranya ada sebarang ilmu yang dhaif, harap dapat ditegur dan diberikan dalil2 yang sahihnya.

Dan ingatlah…

Dan janganlah sampai Rasulullah bersaksi dihadapan Allah lalu mengatakan seperti yang difirmankan Allah dalam AlQuran [rujuk dibawah], sedangkan kasihnya Allah pada Rasul terakhir ini.. begitu terbukti apabila nabi hanya perlu mendongakkan kepalanya ke langit, tidak lagi bergerak lidah dan bibirnya menutur mahukan perpindahan kiblat kerana cintanya pada Mekah tidak pernah luntur sedangkan baginda diperintahkan untuk mengadap Al-Aqsa. Namun, hanya dengan itu, Allah memperkenankan untuk menggembirakan hati Nabi…

Mahukah kita, di akhirat nanti.. ketika sudah lama berdiri dalam debaran menantikan giliran untuk dihisab, lalu dikatakan manusia yang dicintai Allah sebegitu rupa.. bersaksi terhadap kita bahawa…..

[25:30]

Dan rasul [Muhammad] berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan AlQur’an ini diabaikan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s