Masukkanlah kami dalam golongan yang sedikit.

Ashe adalah pemain lagenda Wimbledon yang terkenal telah mati kerana menghidap penyakit AIDS. Pada tahun 1983 Ashe telah membuat pembedahan jantung dan telah menerima darah yang telah dijangkiti oleh virus HIV.
Beliau telah menerima banyak surat daripada
 peminat daripada seluruh negara. 
Antara salah satu kandungan isi surat daripada peminat beliau berbunyi “Kenapa Tuhan pilih engkau untuk menghidap penyakit merbahaya ini?”


Ashe menjawab, 
“Daripada 50 000 000 kanak-kanak yang mula bermain tenis, 5 000 000 belajar bermain tenis,5000 000 mahir bermain tenis dengan professional,50 000 sudah mengikuti perlawanan,5000 sudah sampai peringkat menang di semua perlawanan,50 pemain Wimbledon hanya 4 yang Berjaya masuk peringkat separuh akhir,2 orang berjaya sampai ke peringkat akhir..Kemudian selepas aku Berjaya memenangi piala kejuaraan kenapa aku tak pernah bertanya kepada Tuhan,kenapa aku yang dipilihNya?”
“dan hari ini aku dalam kesakitan, adakah patut aku bertanya Tuhan, “Kenapa aku?”

—–

Pada masa aku membaca kisah di atas, aku teringatkan sepotong maksud ayat quran yang baru dibaca semalam.

27:73

“Dan sungguh, Tuhanmu benar-benar memiliki karunia (yang diberikanNya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(-Nya)”

 

Maka, terasa benarlah dalam hatiku bahawa semua yang didunia ini datangnya dari Allah.

Sungguh, aku merasakan ayat dan kisah di atas sangat terkait dengan kisah Nabi Daud, yang pernah aku terbaca pada laman blog Zudud Duat.

 

Diriwayatkan bahawa Nabi Daud a.s berkata: “Bagaimana saya mensyukuriMu wahai Tuhan sedangkan syukur adalah nikmat dariMu!” Lalu Allah berfirman: “Sekarang kamu telah membuatKu mengetahui dan kamu telah mensyukuriKu, kerana engkau telah mengetahui bersyukur kepadaKu itu kerana nikmat”. Lalu Daud berkata lagi: “Wahai Tuhan, tunjukkan kepadaku nikmatMu yang Engkau berikan kepadaku yang paling tersembunyi”. Allah berfirman: “Wahai Daud, bernafaslah. Lalu Daud bernafas..Lalu Allah berfirman: “Siapakah orang yang menghitung nikmat-nikmat ini malam dan siang?”.

 

Allahu Allah.

Sedangkan mensyukuriMu itu juga suatu nikmat dariMu. Sedangkan bernafas itu juga suatu nikmat dariMu.

Lemahnya aku, agungnya diriMu Ya Allah.

Dan, aku terbayangkan ayat yang diulang Rabb seluruh alam.. bertanyakan kepada manusia yang tidak punya apa-apa secara hakikatnya,

Ayat yang membuatkan aku berdengung mendengarkannya..

Juga surah yang digemari sahabatku di tempat sepelajaran..

Aku amat menyukai bila dibacakan surah itu dalam solat yang diimaminya..

Aku benar2 mendoakan hidayah Allah tidak putus2 buat kami berdua dan rakan2 lainnya.

 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [Surah Ar-rahman]

 

Dalam aku mencari ayat tersebut untuk di salin ke blog ini,

Aku terbacakan maksud ayat2 lainnya.. Yang mana Allah menceritakan betapa luasnya nikmat Allah..

Subhanallah

Subhanallah

Tersedarlah aku sekali lagi, aku hanya hamba. Dan Allahu Rabbul Alamin.. Pemilik segalanya.

Pemilik yang aku tiada, pemilik yang aku ada.

Kepada Dia, akan pulang segalaNya.

Sedarlah aku kini hakikat azali yang kekal benar..

dulu, kini dan selamanya.

Rupanya, aku benar-benar papa disisiNya

 

“Dan dia Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Ibrahim: 34)

 

Astarghfirullah

Astarghfirullah

Apa yang sudah aku lakukan pada nikmat2 kurniaNya,

Yang setelah aku papa diberikan nikmat oleh Penguasa Alam Semesta?

Termasukkah aku dalam golongan itu?

Astarghfirullah

 

Daripada Aisyah r.a dari nabi saw telah bersabda: “Tidaklah nikmat yang dikurniakan kepada seseorang hamba dan ia mengetahui ianya daripada Allah melainkan Allah tuliskan untuk syukurnya sebelum ia mengucapkan tahmid kepada Allah. Tidaklah Allah ketahui seseorang hamba yang menyesal kerana dosanya melainkan Allah akan mengampuninya sebelum ia beristighfar kepadaNya. Seorang lelaki yang membeli sehelai baju dengan wangnya, lalu memakainya dan bertahmid kepada Allah, maka belum sampai ke dua pehanya melainkan dosanya telah diampunkan”. (Dur Al-Mantsur: 1/280)

 

Subhanallah, Maha Kaya diriMu Ya Allah.

Benarlah melimpah nikmat, kasih sayang, dan rahmat dari sisiMu Ya Allah.

Ampunkanlah kami Ya Allah.

 

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu”. (Ibrahim: 7)

 

Benarlah Allah yang Esa itu tuhanKU.. Dialah sahaja yang layak disembah, yang tiada kelemahan padanya, yang Maha Kaya.

Masakan aku menduakan orang yang lagi member setelah aku berterima kasih.

Sucinya diriMu Ya Allah dari segala tohmahan yang sedar tidak sedar mungkin diri ini lemparkan padaMu,

ketika hatiKu porak peranda dalam ujianMu.

Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Rahman, Ya Rahim.

Dan, benarlah Nabi Muhammad itu Imamku.

Ya Allah, bantulah aku untuk mencontohinya dalam bersyukur kepadaMu.

Dalam Beribadah kepadaMu.

Dalam menjalani kehidupan dunia ini diatas alam milikMu.


Daripada Ziyad berkata: Saya telah mendengar al-Mughirah r.a pernah berkata bahawa nabi saw bangun malam atau solat sehinggan bengkak kakinya atau tapak kakinya. Nabi pernah ditanya tentang hal ini, tetapi dijawab dengan sabdanya: “Bukankah saya hamba yang paling bersyukur”. (Fath al-Bari: 3/14/1130)

 

Dan teringat aku kisah yang disampaikan padaku,

[semoga Allah menambahkan hidayah dan rahmatNya pada insan-insan yang ikhlas mentarbiyahku]

Semoga aku mempunyai kesedaran hebat seperti pemuda itu.

 

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki.
Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar al-Khattab yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya:

“Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit.”

Doa pemuda ini didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang bertawaf di Kaabah. Umar berasa hairan, iaitu kenapa pemuda berkenaan memohon doa sedemikian rupa.

Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

“Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” 

Pemuda berkenaan menjawab:

“Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur.” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda berkenaan.” 

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:

“Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu.” 

Memanglah teramat sedikit yang tahu dan mahu bersyukur dan semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit berkenaan (yang bersyukur).

 

Amin Ya Allah.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Benarlah segalanya yang datang dariMu.

Benarlah quranMu.

Benarlah rasulMu.

Benarlah agama yang diredhaiMu ini.

Amin, Ya Rabbul Alamin.

 

 

 

Buat pembaca, diri ini amat2 menyarankan agar dilawati entri ini, dibaca, diteliti dan diamati pengajaran yang dapat dikupas darinya. Moga kita sama-sama tergolong dalam golongan orang yang sedikit, yakni yang bersyukur.

http://zadud-duat.blogspot.com/2011/01/hamba-yang-bersyukur.html

 

 

p/s:

Sememangnya lebih banyak kisah yang layak diambil pada awal entri ini, yang watak utamanya muslim.

Cuma, kisah itulah yang menggerakkan hati lalu ke jari jemari ini untuk memulakan entri ini.

Itulah kebetulan yang ditakdirkan Allah.

Seharusnya kita sebagai orang Islam,

mempunyai aspirasi orang yang bersyukur lebih dari kisah yang dinyatakan di awal entri ini.

Betul atau tidak?

^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s