Kisah Musa

Tentu semua orang pernah dengar kisah ini. Ungkapannya halus dan pengisahannya teliti dan lebih penting; dijauhkan daripada unsur-unsur melampau. Cerita apa yang perlu.

Mereka bukan calang-calang kaum sebaliknya menjadi antara yang terpilih untuk bermunajat kepada Allah di sebuah gunung. Mereka bukan dijemput melalui kad-kad jemputan, bahkan mendengarkan sendiri daripada Musa a.s. Epik purba ini tambah menarik bilamana mereka menerima bantuan Allah di sepanjang perjalanan mereka. Ketika, dikejar musuh, mereka dibantu. Ketika lapar, Allah tidak berpaling sedikit pun daripada mereka. Mungkin kita terfikir, mereka kaum yang dibantu, jalan mereka sudah merintis ke syurga!

Malang sekali, ketika Rasul sudah meletakkan kepercayaan dan begitu pasti dengan jalan mereka menuju Allah yang esa, mereka ini menjadi kaum paling looser. Kerana sedikit sahaja kesilapan, kerana sekecil-kecil rasa pergantungan kepada dunia, mereka dijadikan kaum yang gagal.

Bukan besar mana pun.

Bahkan, ketika sampai kepada ayat ke 87 surah toha, mereka hanya sejengkal sahaja daripada pengakhiran perjalanan menuju Allah. Hanya sejengkal. Mereka sudah merasakan dunia yang dibawa bersama (perhiasan kaum) itu membebankan. Lalu dicampakkan kesemuanya ke dalam api dan meninggalkan sedikit sahaja perasaan cinta itu. Tetapi apakan daya, bagi kaum yang pernah diselamatkan daripada rejimen Firaun tanpa sebarang senjata dan diberi makan tanpa sebarang usaha, sedikit itulah yang perlu dikikis. Yang sedikit itu masih tidak adil bagi Allah yang mahu keseluruhan hati hamba-hambanya diisi rasa cinta kepadaNya.

Kemudia bangkit Samiri yang masih berbaki cintanya kepada dunia, lalu menterjemahkannya menjadi sebuah lembaran baru. Kisahnya yang tinggal sejengkal kini makin panjang berjela kerana rasa cinta yang sedikit itu dijelmakan menjadi sebuah amal. Jalan kepada Allah yang sejengkal itu ditinggalkan dan mereka leka di pertengahan jalan hanya sedikit sahaja.

Kesannya besar sekali. Jemputan bermunajat kepada Allah ditarik balik.

Dan mereka terpaksa berpatah kembali kepada titik awal. Sewaktu dakwah baru bermula. Sewaktu Firaun masih bermaharajalela.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s