TazGring [tazkirah giler ringkas] ^_^

Tersebut alkisah 2 orang kawan, Sameon dan Usop.

Mereka tinggal di bandar tetapi berasal dari kampung yang sama. Usop orang susah. Sameon orang senang dan baik pula sikapnya.

Suatu hari, Sameon bercita-cita untuk meminjamkan Usop handphonenya yang lama, bagi memudahkan hidup Usop yang selalu sahaja kekeringan wang syiling apabila menggunakan telefon awam.

Maka:

Sameon: Usop, kesian aku tengok kau, tiap kali nak talipon mak kau di kampung, pasti talian terputus, sebab tak cukup duit syiling. Maka, ni aku pinjamkan kau handphone aku. Kau gunakan la sebaik-baiknya, untuk tanya khabar mak kau di kampung.

Usop : eh, Meon, susah-susah je. Kenapa kau pinjamkan aku handphone???

Sameon: (udah ku bilang, lagi mau ditanya) Oh, sebab aku sayangkan kau Usop, kau kan sahabat aku. Kita kan main guli sama-sama dulu. Cuma satu pintaku, handphone ni kau guna untuk jalan kebaikan je tau. Ngerti kamu?

Usop: Ngerti pak!

Bermula dari saat itu, Usop ada handphone. Handphone yang cuma diberi PINJAM.

Dipendekkan cerita, setahun berlalu,

Sameon: Aku dengar, mak kau semakin teruk penyakit buah pinggang dia. Kau tak pernah tanya khabar dia ke?

Usop: Errr, ada la jugak sekali-sekala. Kau jangan risau la. Nanti aku call mak aku.

Sameon: Bagi jap handphone yang aku PINJAMkan tu.

Mahu atau tidak, Usop terpaksa memberi handphone tersebut kepada pemilik sebenarnya. Setelah dibelek-belek, air muka Sameon berubah.

Sameon: Usop, siapa Peah ni? Amboi, siap ada ‘cayang’, ‘love u’.. ni ada gambar perempuan seksi lagi!! apa ni Usop? Aku tengok ada la dua kali je kau call mak kau sepanjang setahun kau guna handphone ni. Kau dah lupa tujuan aku bagi pinjam handphone ni kepada kau? Kau dah lupa ke???

Usop: Sorry Meon, sorry. Aku tak sengaja..!

-Tammmat-

Begitu la kisah 2 sahabat. Korang bengang tak kalau korang jadi Sameon?

Sudah le diberi pinjam, dibuat hal pulak Usop tu. Tapi, sedar tak sedar, rupa-rupanya sama sahaja perangai kita dengan perangai Usop.

Ehhh? Siapa kita?? Kita la!! Aku, kau, dia dan mereka (applicable untuk manusia je la).

Kenapa eh kau cakap perangai kita sama dengan Usop?

Jom kita lihat: Mata, hidung, mulut, telinga, badan, kaki, tangan, kepala, makanan, mak ayah, keluarga, rumah, duit, senang cerita semua la yang kita ada, sebenarnya adalah PINJAMAN (ye, semua orang pun tahu).

Tapi kalau difikirkan, ada ke kita guna PINJAMAN yang Allah bagi ni sebaik-baiknya?

Jom sama-sama muhasabah… “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (55:30)

p/s: sebarang ketelanjuran kata minta dimaafkan =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s