Penglihatan, pendengaran dan hati nurani

Apabila difikirkan mengenai pintu2 kepada hati.. seorang tabligh yang sama2 menginap sementara di Cerny Most “Inn” mengungkapkan… bahawa pintu hati itu terdiri dari 4… yakni lidah yang menuturkan, mata yang menglihat, telinga yang mendengar dan otak yang berfikir. Prasarana-prasarana yang 4 inilah yang membuka ruang pintu untuk informasi dunia masuk yang kemudianya akan diterjemah oleh hati….

EEEHH, kenapa hati yang terjemah. Bukan otak? Pada pemahaman saya, otak manusia itu tugasnya membuat keputusan. Walau bagaimanapun, yang mencondongkan diri kita kepada pilihan yang dibuat adalah hati nurani kita. Contohnya, apabila kita tahu…. tidak semestinya kita akan mematuhi.. seperti bahayanya rokok kepada kesihatan kita, orang sekeliling dan zuriat kita. Tapi, pengetahuan yang ada itu, tidak membantu kepada pemilihan untuk berhenti kerana hati masih terikat kepada nikmat asap rokok yang berkepul di peparu. Maka, condongan pemilihan itu dihalakn kepada untuk tidak berhenti.

Pernahkah kita berada dalam keadaan yang susah untuk membuat keputusan atau pemilihan. Yang gundah gulana sampai merana seisi rumah yang lain adalah hati, Cuma yang pening kerana tidak dapat membuat keputusan adalah otak yang berdenyut2.

Begitulah kiranya..

Dalam sudut pandangan lain pula. Mari kita lihat dari segi 5 panca indera kita. Penglihatan, pendengaran, hidu, rasa, dan sentuh.

Baiklah…, antara 5 nikmat panca indera yang kita terima dari Allah.. yang manakah yang mempunyai capaian jarak jauh yang melebihi yang lain. Yang mana kita mampu untuk menerima signal dalam keadaan kita tidak perlu untuk berdekatan dengan pembuat signal. Tinggal penglihatan, pendengaran dan juga deria hidu, bukan? Sekarang.. yang mana pula dapat membantu dalam meningkatkan keimanan… dapatkah dengan hanya menghidu dapat menaikkan keimanan.. semestinya dirasakan semacam tidak mungkin pada awalnya bukan?. Lain pula kalau penglihatan, kta baca quran dengan penglihatan, kita baca teks2 tarbiyah dengan penglihatan. Alhamdulillah.. begitu juga dengan pendengaran. Kita dengar sesi ceramah, sesi tazkirah semuanya dengan panca indera pendengaran kita. Alhamdulillah.. manakala pula, hati memberikan kita hikmah.. yang menerima input-input begitu dan bermesra dengannya… apabila hati sudah menjadi sebati dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Dapatlah pula kita menggunakan panca indera yang mempunyai capaian jarak pendek untuk meningkatkan lagi keimanan dan kesyukuran. Ketika itulah kita yang menafsirkan bahawa keupayaan untuk dapat menghidu bau wangi haruman itu sebagai nikmat, merasa makanan yang enak itu nikmat, dan deria rasa itu sebagai nikmat. Yang nikmat-nikmat itulah yang melengkapkan diri kita kepada definisi manusia normal yang diguna pakai oleh masyarakat masa ini…

Kiranya, dapatlah kita simpulkan bahawa antara pintu panca indera yang menjadi first line dalam penerimaan kita dengan isi2 tarbawi atau apa jua maklumat.. adalah mata dan telinga… setujukah?? Maaflah kalau tidak. ^_^

Jadi sekarang, kita memahami bahawa pendengaran dan penglihatan merupakan pintu.. sekiranya wujud pintu, kemana pula perginya selepas itu. Semestinya segala maklumat dan fakta akan kemudiannya tersemat pada folder2 yang tersusun di otak. Namun, penyusunan maklumat itu untuk disimpan dalam folder yang penting atau kurang penting atau “akan dibuang dalam tempoh terdekat mungkin” adalah bergantung kepada penghayatan kita terhadap fakta2 yang terkandung. Di sinilah hati memainkan peranan dalam membentuk affinity terhadap maklumat tersebut, seperti yang diterangkan diatas. Sekiranya, hati kita membuat pemilihan untuk menyukai atau menghayati.. maka, maklumat itu akan tersimpan dalam folder yang terutama.. yang mana, dalam setiap perkara dalam hidup akan dikaitkan kepadanya. Seperti mana juga ahli matematik yang ingin mengaitkan semuanya dengan rumus-rumus matematik. Ataupun, seorang ahli ekonomi yang merungkaikan semua gerak kehidupan dengan teori-teori yang mampu dikaitkan dengan pemahamannya dalam ekonomi. Tidak kalah pula ahli agama yang mengaitkan neraca pertimbangan hidup dalam konteks agama anutannya.

TAPI. Pernahkah kita merenung dan berfikir satu persoalan asas dalam kehidupan seharian kita. Yakni, apa sebenarnya tugasan dua panca indera yang menjadi pintu pertama dalam penerimaan maklumat ini, dan juga fungsi hati?

Sepertimana kita amin kan ayat-ayat Allah atas kebenarannya.. maka marilah kita mencari akan tujuan tiga nikmat ini kepada kita.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Nah.. satu jawapan yang jelas daripada Sang pencipta.

Jadi jelas di sini bahawa ada matlamat yang perlu dicapai dalam penggunaan pendengaran dan penglihatan dan juga hati nurani kita. Yakni untuk mempergunakannya utnuk membina diri kita, agar menjadi umat yang bersyukur. Rata-rata semua mudah untuk melafazkan kalimah kesyukuran itu bukan, namun tindakan kita tidak melambangkan bahawa kita bersyukur. insyaAllah, mari kita berusaha bersama untuk memperbaiki diri kita sebagai persediaan bertemu Allah.

Jadi, kita sudah tahu matlamat.. tidakkah kita terfikir, bagaimana sebenarnya Allah mengkehendaki kita menggunakan nikmat2 ini.. jawapan ada di akhir artikel. ^_^

Baik.

Ketika ini, kita sudah tahu matlamat akhir kita dalam penggunaan nikmat ini.. logik akalnya, sekiranya kita masih tidak mencapai matlamat itu, maka.. tujuan penciptaan nikmat itu masih kita tidak sempurnakan.. betul kan? Adakah pernah kita membayangi akan kehidupan tanpa nikmat-nikmat yang kita gunakan seoptimum mungkin dalam kehidupan kita ini? Atau, adakah kita mempunyai pemahamam salah yang membayangkan bahawa panca indera ini dipunyai kita.. bahawa tiada yang mampu untuk mengambilnya kembali? Ketahuilah bahawa, semua ini hanyalah barang pinjaman kepada kita.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?” Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling – ingkar.

Namun, tidaklah peringatan Allah itu berhenti di situ. Pada ayat yang lain, Allah memberikan peringatan yang lebih keras lagi dari persoalan di atas, Allah lantas mengungkapkan mengenai hakikat keadaaan kita, sebagai hamba.

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Begitulah ummat manusia. Hanya sedikit di antara kita yang bersyukur. Mudah2an kita ini termasuk dalam mereka yang bersyukur. Insyaallah..

Namun, dalam kelam tidak bersyukur itu, wujud pula satu golongan yang keadaannya lebih teruk dari itu. seperti mana firman Allah..

Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung.

Astarghfirullah. moga-moga kita dijauhkan daripada mendekati sedikitpun kepada tergolong dalam golongan ini, secara sedar ataupun tidak. Mungkin keadaan itu pernah tertimpa pada kita tanpa kita sedari. apabila kita “menyuruh” Allah memberikan kita petunjuk ataupun “menantikan” hidayah dari Allah, yang sedangkan sepatutnya kita yang berkejar kearahnya. perhatikanlah firmah Allah ini..

Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman.

Golongan seperti ini, sepertimanapun sebenarnya kita hadirkan bukti-bukti, mukjizat kekuasaan Allah yang terkandung dalam Al-Quran, mereka akan masih berpaling daripada kebenaran. Mereka berkata bahawa mereka akan beriman apabila datang bukti kepada mereka yang jelas, tetapi.. Allah Maha Mengetahui bahawa itu semua hanya mainan kata-kata mereka. Bahawa mereka tidak juga akan beriman.. bahawa keterikatan mereka pada dunia itu menutup keinginan hati untuk menerima kebenaran.

Sekiranya kita ingin mengambil iktibar, sepatutnya kita merenung akan ungkapan pemikiran2 masyarakat sekarang. Yang rata-rata menunggu waktu senja untuk bertaubat. Katanya “Alaaaa, nnt dh tue2 mengadap ler sejadah tuh” ataupun, “kite enjoy dulu life, nnt datang hidayah.. kita beriman ler bebetul”

Wah… bagainya Allah itu mungkin dilihat seperti hamba mereka yang bertugas untuk memberikan mereka hidayah atau bertugas membenarkan hayat mereka itu kekal hingga ke waktu senja.

Dan sekali lagi. Peringatan Allah tidak berhenti di situ. Terdapat golongan yang lebih teruk dari itu tentunya. Yakni golongan kafir. Golongan yang sudah mengetaui haq, yang sudah mengetaui kebenaran tetapi menyembunyikannya. Begitulah implikasi istilah kafir itu. Kepada golongan ini.. Allah berfirman….

Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Perhatikan sekarang bahawa Allah mula menyatakan mengenai azab kepada golongan yang menyalahgunakan nikmat ini. Dan Allah juga menggunakan perkataan “memateri” dan “ada penutup” untuk menegaskan bahawa orang yang bersikap sedemikian tidak lagi akan menerima hidayah.

Mungkin pada ketika ini, orang mula akan memberikan alasan. Bahawa kekufuran mereka adalah kerana Allah yang menutup hati mereka. Ketahuilah bahawa pandangan buruk seperti itu adalah salah malah membahayakan kepada akidah sekiranya yang berfikir sedemikian Adalah orang islam. Cukuplah sekadar kita mengerti bahawa ilmu Allah itu Maha luas, merangkumi setiap pilihan yang akan kita buat di masa akan datang. Bahawa, Allah mengetahui pada suatu tahap itu, hati yang dikurniakan itu telah ranum dengan penolakan terhadap kebenaran sehinggakan penolakan itu menjadi suatu norma dalam hidup. Lantas menjadi neraca dalam kehidupan seharian. Yang sekalipun apa yang berlaku, sikap kafir itu, yakni menutup kebenaran setelah mengetahuinya akan sentiasa diamalkan.

begitulah pengakhiran kepada sesiapa yang gagal untuk menggunakan nikmat yang dikurniakan itu dengan baik, ataupun dengan cara yang sebetulnya. adakah kita pernah tertanya, sepertimanakah kita disuruh untuk menggunakan nikmat ini? sesungguhnya, Allah telah pun berfirman untuk memberitakan hambaNya sejagat akan methodologinya.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Dalam contoh ayat yang lain pula….

(QS. Al-Isra’ : 36) (“Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, kerana pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggungjawabkan.”)

Jadi, jelaslah kepada kita bahawa, hati yang dikurniakan itu tujuannya untuk memahami ayat-ayat Allah, penglihatan itu gunanya untuk memerhatikan bukti keesaan Allah, dan penglihatan kita itu gunanya untuk mendengar ajaran dan nasihat.. agar dengan melakukan yang demikian, kita menjadi hamba yang bersyukur.

dan sentiasa ingatlah akan peringatan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan atas nikmat yang dikurniakan sementara ini.

Insyaallah..

-maaf atas segala kekurangan, yang lebih elok sebenarnya untuk ditegur dengan hikmah-

^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s