That is not your tabuk…

Khabar berita Ghazwah Tabuk memangnya satu ujian buat mu’minin Makkah tika itu.

Berita kebangkitan Islam di Mekah selepas Fathul Makkah mendatangkan risau empayar Rom.
Menarik, bagaimana satu perkampungan kecil di tengah gurun mampu menggerunkan sebuah empayar gergasi. Gentarnya Rom, membuatkan Caesar merancang menghantar bala tentera melemahkan kaum muslimin, sebelum bertambah kuat dan makin menggugat.

Rasulullah, sepertimana dikenali para sahabat tidak menyampai berita secara terus kebiasaannya, kali ini secara terang menyampaikan perintah untuk bersiap ke Tabuk.
Sebelum diserang, lebih wajar untuk menjadi offensive. Menyerang dan bukan hanya bertahan.
Menyerang tentera Rom yang khabarnya berjumlah 40 000 kekuatan.

Memangnya, perintah itu satu perintah berat.
Reason?
Pertama, waktu itu musim panas.
Kedua, perjalanan sangat jauh merentas padang pasir.
Ketiga, waktu itu waktu buah-buah sedia ranum dipetik.
Gabungkan ketiga-tiga faktor, hanya orang munafik yang sudi tinggal di Makkah.
Saat inilah kisahnya Umar yang sentiasa bersaing dengan Abu Bakar mengalah.
Umar menginfaq separuh dari hartanya untuk Tabuk,
kemudiannya mendapat tahu Abu Bakar telah menginfaqkan semua hartanya
dan apabila ditanya, apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?
Jawapan; cukuplah Allah dan Rasul-Nya.

Pengorbanan sebegini para sahabat, untuk satu perperangan yang tak berlaku pun.
Sememangnya Allah ingin menguji mereka.
Meninggalkan hasil tanaman yang lama ditanam dan ditunggu-tunggu,
menyertai perjalanan yang begitu panjang di tengah panas terik,
harta yang ada dilonggokkan demi satu perjuangan.
Niat di hati demi Allah semata.
Syahid dan syurga dalam bayangan, tapi akhirnya pulang tanpa sebarang pertembungan.
Pihak Rom yang mendengar angkatan Islam sedang bergerak terlalu takut lalu berundur.

Ujian Allah kan selalu datang.
Sejauh mana kita menyahut, terpulang.
Kiranya kita diuji sebagaimana sahabat, akankah kita menyahut?
Ujian Allah, bukan senang. Andai senang, murah sungguh harga syurgaNya.
Andai kita tak merasai susahnya para sahabat,
that is not your Tabuk.
Itu belum lagi sebenar-benar ujian.
That is not your Tabuk.
Kita belum lagi dapat membayar harga syurga.

Alasan apa yang kita ada untuk menolak syurga?
Pulangnya angkatan ke Makkah, orang-orang munafik masing-masing memberi alasan.
Dan Rasulullah hanya menerima alasan itu semua.
Kecuali tiga orang mu’min yang tidak memberi alasan.
Mereka itu Ka’ab bin Malik, Murara bin Ar Rabi’, dan Hilal bin Umayyah.
Inilah satu lagi kisah buat renungan, bagaimana tiga sahabat enggan beri alasan, kerana tahu Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui sebab disebaliknya.
Dan kisah ini termuat dalam Surah At Taubah, yang mana kita tahu tidak dimulakan dengan Bismillah.

Reason? Sila tengok terjemahan dan baca dengan hati, bagaimana Allah membenci dan murka sangat pada orang munafik antaranya.
Munafik yang memberi macam-macam alasan.
Yang menerima Islam. Yang mengucap syahadah hanya pada mulut dan bibir yang lembut, tapi sukar sekali untuk menerima di hati, apatah lagi menggerakkan anggota demi syahadah itu.
Syahadah yang akan dituntut penyaksiannya di hari kemudian.
Apakan terjawab, bila bibir terkunci?
Alasan hanya untuk mereka yang masih berada di dunia.
Berilah alasan sepuasmu, sebab nanti takkan berpeluang lagi.

Teringatkan pertanyaan seorang teman,
“apa erti pengorbanan andai diri sendiri terkorban?”
Jawapan senang dari seorang teman,
“Itulah erti pengorbanan!”
Antara seorang billionnaire yang sedekahkan RM1000 dengan seorang petani yang sedekah RM50 setiap Jumaat di masjid, siapa yang lebih banyak berkorban?
Kalaukan tak merasai susahnya meninggalkan sesuatu,
peritnya menghadapi mana-mana situasi demi Dia,
that is not your Tabuk.
Harga syurga belumkan mampu terbayar lagi.
Pengorbanan itu belum cukup.

some verses from At-Taubah

42. Had it been a near gain (booty in front of them) and an easy journey, they would have followed you, but the distance (Tabuk expedition) was long for them, and they would swear by Allah, “If we only could, we would certainly have come forth with you.” They destroy their ownselves, and Allah knows that they are liars.

81. Those who stayed away (from Tabuk expedition) rejoiced in their staying behind the Messenger of Allah; they hated to strive and fight with their properties and their lives in the Cause of Allah, and they said: “March not forth in the heat.”
Say: “The Fire of Hell is more intense in heat”, if only they could understand!

reminder to self: kalau nak jalan 10 minit meredah sejuk nak ke masjid jumpa Allah pun cuak, macam mana nak compare dengan sahabat yang meredah panas terik berbatu-batu nak pergi jumpa Allah for good?
This is me reminding me in case I forgot.

pps: silalah baca At Taubah. related with this post are ayat starting from 38. tentang keperitan perjalanan, sikap Allah terhadap munafik yang beralasan, juga kisah Ka’ab dan sahabat berdua. dulu tak nampak sangat reason kenapa takda bismillah.

copied from : http://pboi-chg.blogspot.com/2010/02/that-is-not-your-tabuk.html

2 thoughts on “That is not your tabuk…

    • dlu rr.. chee.. baru 1o celcius jerk padahal.. dh nk abesh dh cni winter.. alhamdulillah… seronok lak ngan cuaca sekarang nih.. angin best.. ^_^

      [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

Leave a comment