Syifa Al-Qalb

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da’wah ini da’wah Allah dan da’wah kepada Allah.

Maka seandainya hati aku sendiri kosong tanpa Allah, apa mungkin aku memimpin mereka ke arahNya?

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da’wah ini da’wah Allah dan da’wah kepada Allah.

Maka sekiranya aku masih lagi gagal mencintai Allah wa Rasul melebihi segala cinta yang lainnya, adakah aku masih bertanggapan bahawa mereka yang aku da’wahi akan mencintai Tuhan dan Rasulnya itu?

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da’wah ini tentang kerja dan bekerja.

Ya, jika tidak, apa pantas untuk As-Syahid berkata;

“Nahnu Qaumun ‘Amaliyyun”

“Kita adalah kaum yang berorientasikan amal”

Maka adakah cukup untuk aku sekadar berkata-kata tanpa amal yang jelas dan ikhlas?

Adakah aku masih expect untuk mereka percaya dan beramal apa yang aku katakan sedang aku fakir dari amal itu sendiri?

Sudah terlalu banyak peringatan yang diberikan mereka yang sudah terlebih dahulu mengharungi jalan ini;

“Aslih nafsak wad’u ghairak”

“Perbaiki diri sendiri, dan serulah orang lain”

“Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di tanah airmu”

Adakah aku masih lagi leka dan terbuai dalam dunia ciptaan ku sendiri?

[hazadeen]

p/s : Copy paste dari blog seorang ikhwah. “Tentang hati”     ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s