Mengapa double standard?

Assalamualaikum. sekadar perkongsian copy paste dari salah seorang sahabat ku, dihantarnya melalui email… Jzzk kepadanya.

Mengapa dua-darjatkan?

Saudara-saudari pembaca yang dekat di hati, tulisan ini adalah tulisan yang kritis. Kritis kerana mahu membina asas pemahaman yang betul dan kuat, memperbetul tiang-tiang pemikiran yang senget, dan memperbaiki atap-atap penilaian yang bocor, bukan kritis kerana mahu mengkritik saja-saja, atau mengutuk, memperlecehkan, merendah-rendahkan atau menghina semata. Kritik ini kritik yang membina, kritik ini kritik yang memulia, kritik ini kritik yang menyedarkan dari alpa, kritik ini kritik yang memacu mara. Kritik ini justeru kerana sayang dan cinta, bukan kerana benci dan dengki. Kritik ini kerana cinta supaya saudara-saudari mendapatkan pahala, mulia, redha-Nya dan syurga. Kritik ini hanya mahu memastikan saudara-saudari terselamat dari noda, dosa, hina, murka-Nya dan neraka.

Mari kita bermula.

Dengan yang pertama meng-evaluasi diri kita. Kenapa kita men-double standard-kan perbuatan kita? Kenapa kita mendua darjatkan perbuatan kita yang sepatutnya satu darjat dan uniform saja di mana-mana dan bila-bila. Perbuatan kita yang sepatutnya adalah berdarjatkan dan beruniformkan Islam, di mana-mana dan bila-bila saja, kerana kita ini Muslim. Kita mengaku itu; kita Muslim. Kita marah kalau ada yang mahu mengatakan kita bukan Islam. Tapi, kenapa kita tidak mahu berbuat apa yang kita akui? Kita akui diri kita Muslim. Muslim itukan maksudnya taat patuh berserah diri pada Allah semata-mata dan sepenuhnya. Kita akui kita ‘Muslim’ = ‘taat patuh berserah diri pada Allah semata-mata dan sepenuhnya’, tapi kenapa ada masa dan tempatnya kita tidak mahu patuh dan taat?

Kenapa ada masa dan tempat kita tidak mahu patuh dan taat? Kenapa ada masa dan tempat kita mendua darjatkan sesuatu yang sepatutnya satu darjat? Kenapa ada masa dan tempat kita menpelbagai bentukkan sesuatu yang sepatutnya satu bentuk? Perbuatan kita sepatutnya satu darjat dan satu bentuk saja, iaitu berdarjatkan Islam dan berbentukkan Islam, di mana-mana, dan bila-bila saja. Tapi kenapa ada masa, perbuatan kita berdarjat dan berbentukkan Islam, tapi ada masa lain perbuatan kita berdarjat dan berbentukkan kebodohan, kehinaan dan kejahilan bukan Islam? Kenapa ada tempat, perbuatan kita berdarjat dan berbentukkan Islam, tapi ada tempat lain perbuatan kita berdarjat dan berbentukkan kebodohan, kehinaan dan kejahilan bukan Islam? Bukankah sepatutnya di mana-mana pun perbuatan kita adalah dan hanyalah berdarjat dan berbentukkan Islam? Noktah. Tiada sambungan ubahan atau olahan berciri bukan Islam lagi.

Kenapa kita mendua darjatkan?

Kenapa kita berkata ini majlis Islam, ini aktiviti persatuan Islam, ini masjid, hari ini hari Jumaat, maka kita perlu berpenampilan, berpakaian dan bertindak-tanduk dengan perbuatan dan percakapan Islami? Sedang ada masa dan tempat lain, kita berkata (padahal kita adalah Muslim) ini bukan majlis Islam, ini bukan aktiviti persatuan Islam, di sini bukan masjid, hari ini bukan hari Jumaat, maka kita boleh berpenampilan, berpakaian dan bertindak-tanduk dengan perbuatan dan percakapan sesuka citarasa kita, tidak ada yang menghalangnya, berpenampilan, berpakaian dan bertindak-tanduk dengan perbuatan dan percakapan yang tidak Islami.

Kenapa kita patuh dan taat pada Allah hanya pada majlis yang berwajah Islam, dalam aktiviti persatuan Islam, di masjid, dan pada hari Jumaat? Kenapa kita tidak mahu patuh dan taat pada Allah di majlis yang bukan atas nama Islam, dalam aktiviti persatuan biasa, di tempat-tempat selain masjid, dan pada hari selain Jumaat? Apakah tidak ada perkiraan dosa pada majlis yang bukan atas nama Islam, apakah tidak ada perkiraan dosa dalam aktiviti persatuan biasa, apakah tidak ada perkiraan dosa di tempat-tempat selain masjid, dan pada hari selain Jumaat? Apakah Malaikat pencatit amalan tidak bekerja di majlis yang bukan atas nama Islam, dalam aktiviti persatuan biasa, di tempat-tempat selain masjid, dan pada hari selain Jumaat?

Jadi, kenapa (?) kita mendua darjatkan perbuatan kita yang sepatutnya satu darjat saja, iaitu berdarjatkan Islam, di mana-mana dan bila-bila.

Sedarlah!

Dengan mendua darjatkan amalan kita, kita menghina Allah. Apakah tidak betul minda kita? Satu masa kita berkata pada-Nya kita taati-Nya, sedang satu masa lain kita tidak mentaati-Nya. Satu masa kita berkata pada-Nya (dalam doa Iftitah solat kita), “Sesungguhnya … mati dan hidupku kerana Allah, Robb seluruh alam”, sedang satu masa lain kita bertindak, berbuat dan berkelakuan bukan kerana Allah, tetapi kerana hawa nafsu diri kita sendiri. Tidakkah kita telah menyeleweng dari janji kita pada Allah? Tidakkah kita telah menipu Allah? Tidakkah kita telah mempermain-mainkan Allah? Tidakkah kita telah menipu dan mempermain-mainkan Allah hidup-hidup (live) di depan-Nya? Kerana kita menyangka kita terlindung dari-Nya, padahal di saat bila pun dan di tempat mana pun, Dia tetap saja melihat kita dengan kehebatan Maha Melihatnya.

Di saat bila pun dan di tempat mana pun, Dia tetap saja melihat kita dengan kehebatan Maha Melihatnya, bermakna tiada masa dan tempat tertutup untuk kita lari dari taat kepada-Nya. Tapi, justeru kita tetap tidak taat dan berbuat ingkar (maksiat) pada-Nya, jelas-jelas dan terang (live) di depan penglihatan-Nya? Tidak malukah kita? Tidak takutkah kita? Atuakah kita ini bodoh? Padahal Dia telah menganugerahkan otak dan akal pada kita? Maka, di mana lagi ada jalan keluar atau jalan lari dari ketaatan untuk kita?

Tidak malukah kita? Tidak takutkah kita? Atuakah kita ini bodoh?

Tidak malukah kita? Dia memberikan kita segala-galanya. Bahkan kemampuan untuk berbuat ingkar kepada-Nya pun adalah sebuah keizinan (walaupun tak ter-izin secara legalnya) dan pemberiannya. Sakan banyak nikmat-nikmatnya pada kita, dengan sedikit tuntutan timbal balas untuk taat kepadanya, tapi masih kita tidak mahu taat. Kenapa? Tidak malukah kita? Menerima pemberiannya, menggunakan pemberiannya, hidup atas ihsan-Nya, tapi terang-terang di depan penglihatan-Nya kita mendustakan nikmatnya, kita ingkari nikmat-Nya. Manusia jenis apakah kita? Jika demikian, apakah layak mendambakan syurga? Ataukah kita sebenarnya berkata “campakkanlah saja aku ke neraka”? Sehebat manakah kita (?) mahu diri dicampakkan ke neraka? Api yang kecil dan panas yang sedikit pun kita sudah tak tertahan, inikan mahu berlagak sombong dengan api neraka. Betapa bodohnya kita! Diberi pilihan untuk menempah jalan ke syurga atau neraka, lalu memilih neraka. Diberi pilihan untuk menempah kesenangan atau kesusahan azab derita, lalu memilih azab yang menjahannamkan.

Lalu di mana kita tinggalkan otak dan akal kita? Atau apakah kita sama saja dengan haiwan aka binatang? Ada otak dan akal tapi tidak mahu guna samalah saja dengan tidak ada otak dan akal, kerana kedua-duanya tidak menggunakan. Lalu jika kita ini mengaku kita orang yang punya akal, yang waras, apakah masih ada jalan untuk kita tidak taat?

Kita ini orang yang berakal, kita ini orang yang waras, kita ini orang yang bijak, kita ini bukan sewel dan bukan binatang, maka marilah kita TAAT!

Semoga kritik ini bisa memperluaskan saluran minda yang selama ini tersempit oleh lemak-lemak jahiliah, bisa menyedar dan membingkas bangun bangkitkan jasad-jasad yang terlalai leka dalam lena mimpi ke arah beramal dengan taat dan konsisten.

MENGHADAPLAH KE LANGIT, TUJULAH CAHAYA DAN BERLARILAH KE SYURGA!

Wallahualam.

signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s