Pesanan penaja – "Selamat Tahun Baru" (^_^)

bergerak lagi kita melangkah ke hari baru, dalam tahun baru, dekad baru… mengikut kalendar masihi. Sedar atau tidak..

Kita tidak akan merasakan berlalunya masa. Kita tidak akan betah merasai ruginya masa sekiranya kita tidak memikirkan mengenainya. Masakan boleh dirasa sekiranya tidak dapat dilihat secara mata kasar.. Benda yang tidak nampak haruslah dilihat dengan mata hati. Tidak begitu?

Ambik satu contoh. Berlalunya duit, sentiasa dikesali. Berlainan pula reaksi spontan kita mengenai masa. Sekiranya kita tidak memikirkan mengenainya, bagaikan masa itu kita yang punya. Bandingkan pula dengan pada ketika kita terkejar2 sesuatu. baru 5 saat tengok jam, dh tengok balik. Kita rasa kehilangan, kerana kita sedar.. wujud “awareness”.

mari kita ingat balik kata-kata Imam Ghazali

Pada suatu hari Imam al-Ghazali telah mengemukakan soalan kepada murid-muridnya iaitu ” Apakah yang paling dekat, jauh, besar, berat, ringan dan tajam di dunia ini.”

Pelbagai jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid beliau terhadap persoalan yang telah dikemukakan itu
yang mana ke semuanya adalah tidak tepat. Jawapan terhadap persoalan tersebut ialah :-

Perkara yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah “MATI” kerana ia merupakan janji Allah, di mana setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian sebagaimana yang terkandung di dalam Firman Allah
dalam surah Ali-Imran : 185

Perkara yang paling jauh dengan diri kita di dunia ini ialah “MASA LALU” kerana setiap saat yang berlalu pasti
tidak akan kembali lagi
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud , ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati.”

Perkara yang paling besar di dunia ini ialah “NAFSU” kerana nafsu yang tidak terkawal akan menjerumuskan diri ke jalan kesesatan dan kehinaan sebagaimana Firman Allah di dalam surah al-A’Raf : 179 yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak memahamkan dengan hatinya, mempunyai mata tetapi tidak melihat dengan matanya dan mempunyai telinga tetapi tidak mendengarkan dengan telinganya. Orang-orang itu seperti binatang, bahkan lebih sesat itulah orang-orang yang lalai. “

Perkara yang paling berat di dunia ini ialah “MEMEGANG AMANAH” kerana orang yang tidak dapat
menyempurnakan amanah dengan baik tergolong di dalam orang-orang munafik dan setiap manusia akan disoal berkaitan dengan amanah yang telah dipertanggungjawabk an kepadanya.

Perkara yang paling ringan di dunia ini ialah “MENINGGALKAN SOLAT” kerana mementingkan kehidupan duniawi ini manusia seringkali mengabaikan, melengah-lengahkan kewajipan terhadap Penciptanya
Yang Maha Agung.

Manakala perkara yang paling tajam di dunia ini ialah “LIDAH MANUSIA” kerana melalui lidah yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T ini manusia seringkali menyalahgunakan kurniaan Ilahi ini untuk menyakiti hati
dan perasaan saudaranya sendiri.

dapat diperhatikan, Imam Al-Ghazali.. seorang pemikir yang selalu bermuhasabah diri… mempunyai suatu corak fikir yang cukup unik. Perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa lalu. bolehkah kita kembali mendekatinya? Bahkan, walau sesaat lalu.. Tidak mampu untuk kita kembali kepadanya. Kerana itu, ingatlah akan firman Allah…

“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam

kerugian kecuali orang-orang yang beriman, dan mengerjakan amal

soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.”

Sekiranya kita sedar akan kepentingan masa.. Maka.. Kita juga perlu sedar kan kepentingan untuk berubah ke arah yang baik selari dengan pergerakan masa. Insyaallah.. kita tanam azam itu. <penulis apatah lagi>

mari kembali ingat akan hadith Nabi junjungan kita. Mafhumnya…

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

Jadi? Perubahan masa yang besar ini… Adakah hanya diraikan dengan letusan2 mercun?

<anyway, thanks kepade sesiapa yang sudi membakar duit membeli mercun untuk memeriahkan langit malam tahun baru… (^_^) >

Atau, hanya dengan renungan kosong… tanpa sebarang tindakan susualan?

Review balik hadith nabi sebentar tadi. Islam mengajar kita untuk memperbaiki diri setiap hari. x perlu tunggu setahun sekali. x perlu tunggu genap sedekad mahupun sebarang jangka masa yang lebih dari itu.

Cara2 untuk memperbaiki diri? Mmg agak pening rasanya, kalau kita fikirkan secara rambang sahaja. Jadi.. Mari tetapkan perkara2 yang kita akan ubah dalam diri kita. Insyaallah.. secara berterusan dan Istiqamah.

10 muwassofat tarbiyah. Satu extract penekanan tarbiyah nabi kepada para sahabat. Mungkin kita boleh mulakan dengan bertanya kepada diri kita mengenai 10 tetapan ini sebelum kita tidur. Insyaallah, semoga kita dapat menjadi orang yang lebih baik.

10 Muwassofat Tarbiyah.

1.Akidah yang sejahtera

2.Ibadah yang sahih

3.Akhlak yang mantap

4.Mampu bekerja

5.Luas pengetahuan

6.Sihat tubuh badan

7.Berjihad melawan hawa nafsu (mujahadah)

8.Tersusun kehidupan

9.Menjaga masa

10.Bermanfaat kepada orang lain

Tarbiyah itu adalah suatu proses yang dapat mendatangkan 10 perkara ini.

Jalannya adalah dengan mengembargemburkan syiar,

“Kenalilah tuhanmu, Perbaiki dirimu, Ajaklah orang lain, Dirikanlah daulah Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu…”

Dakwah kepadanya adalah dengan tenang dan tawadduk,

“Tenang, tetapi lebih kuat dari angin taufan…
Tawadduk, tetapi lebih tinggi dari gunung…
Sempit tetapi lebih luas daripada keluasan bumi seluruhnya…

Ia bersih dari fenomena kepalsuan dan kebohongan yang menawan,
bersih dari keinginan hawa nafsu dan tuntutan kepentingan peribadi,
Bahkan penuh dengan keagungan, kebenaran dan keindahan wahyu serta perlindungan Allah…

Dakwah ini akan memberikan orang-orang mukmin dan orang-orang yang jujur beramal dalamnya, sebuah kepimpinan di dunia dan di akhirat…”

(Hasan al-Banna)

***

Wallahualam.

signature

p/s: Sekiranya ada antara kita yang sudah tiba pengakhirannya. Doakan pertemuan kita di Syurga Yang Esa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s