Cinta lagi~

Assalamualaikum…

Harap awak tak terkejut menerima emel ini. Pertama sekali saya nak minta maaf sebab tak pernah sekali pun reply mesej-mesej awak lepas kejadian tu. Sebenarnya saya serba salah nak bagi tau awak tentang keputusan yang saya amik ni. Saya tahu yang awak pasti kecewa dengan tindakan saya. Seolah-olah saya sengaja menghancurkan harapan awak tetapi saya harap awak akan terus baca warkah ini sehingga noktah yang terakhirnya…

Saya terpaksa memutuskan hubungan kita selama ni. Saya tahu tempoh tujuh tahun bukanlah suatu masa yang singkat perkenalan kita. Bahkan ianya mungkin mengambil separuh lagi masa hidup saya untuk melupakan kenangan kita. Tapi saya terpaksa akur bahawa berpisah adalah jalan terbaik untuk kita.

Saya juga nak awak tahu yang kesedihan dan kepedihan ini kita rasai bersama. Emel ini juga saya kirim bersama air mata yang menangisi perpisahan ini. Anggap lah ini ujian daripada Allah kepada kita. Mungkin kehilangan orang yang kita sayang akan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna. Mungkinkah ‘hidayah’?

Kita pernah berjanji hubungan yang kita pelihara ini akan berakhir di jinjang pelamin. Saya ingat lagi…tapi mahukah awak sekiranya masjid yang dibina ini terdiri dari batu-bata yang poros? akan kukuh kah tiang serinya jika pada awalnya lagi tidak didasarkan dengan redha dari Allah? Bertahan kah ia bila badai datang menerpa sekali-sekala? Maaf…saya sendiri sudah tidak yakin dengan janji yang saya ikrar kan dulu.

Kadang-kala saya bertanya sendirian, mengapa terlalu awal kita bertemu dan mengapa terlalu awal cinta itu datang menempah tempat di hati ini. Mungkin kah kerana hati ini tidak diisi dengan kebaikan sehingga memberi ruang untuk sang cinta bersarang di hati? Mengapa 7 tahun itu yang berlalu? Mengapa tidak kita bertemu 7 tahun lagi? Persoalan ini mungkin bisa saya jawab bila mengenangkan ini semua sudah ada dalam takdiran Nya.

Mengapa saya begini?

Saya sudah berubah barangkali. Saya mahu kikis sisa-sisa jahiliah yang masih menebal dalam diri sendiri. Saya tahu bukan mudah untuk berubah kerana sejarah hidup saya sendiri kelabu.. barangkali hitam memekat. Saya perlukan kekuatan dan sokongan. Harap awak mengerti mengapa hubungan ini saya pilih untuk diakhiri… Sukar untuk awak menerimanya, sukar lagi untuk saya mengambil keputusan ini.

Saya harap lepas ni kita tidak akan berhubungan lagi melalui telefon ataupun mesej melainkan ada hal yang benar-benar mendesak dan perlu kepada pengetahuan masing-masing.

Saya juga berharap agar awak dapat join usrah lepas ni…mudah-mudahan suatu hari nanti awak akan faham kenapa saya memilih jalan ini. saya rasa sampai di sini dulu emel kali ini. Mungkin ini emel saya yang terakhir untuk awak. Kirim salam saya untuk emak dan ayah awak. salam rindu juga untuk XXXXX… ” yang benar XXXXX

_____________________________________________________________________________

Di atas merupakan karya surat(emel) untuk memutuskan hubungan percintaan antara seorang pelajar lelaki yang baru mengenali fikrah dengan seorang pelajar perempuan yang dikenalinya lama dulu. Si lelaki yang telah menyedari kesalahan bercinta sebelum berkahwin telah mengambil tindakan berani dengan menyatakan pendiriannya untuk memutuskan hubungan mereka.

petikan daripada http://wardatuliman33.blogspot.com/2010/01/ada-berani.html

***

Huh!! Gtu sekali yer penangan orang bercinta. Haha. Penulis sebenarnya tidak layak untuk membicarakan mengenai perkara ini. Kerana penulis sendiri tidak pernah melalui bahtera itu. Alhamdulillah, dipesan oleh pengetua sekolah rendah agama sejak dahulu akan bahayanya. Itulah yang dipegang. Cumanya, penulis pernah berpura2 mempunyai pasangan. Al-maklumlah.. Dahulu kala, penulis dikelilingi masyarakat yang sekiranya tiada “marka” maka akan terpalit fitnah, juga akan diperlekehkan. Ego ketika itu masih dibela. Maka, statement pembohongan yang tidak patut dan tidak perlu itu terkeluar dari mulut. Mengingatkannya, membuatkan sendiri tertawa.. Dalam pada itu, penulis ingin memohon maaf atas mana-mana pihak yang terlibat dalam pembohongan itu.. Samaada secara langsung, mahupun tidak. Mahupun yang menjadi mangsa pembohongan.

Tetapi, penulis telah sekian lama mula mencari2 ilmu untuk bercinta selepas perkahwinan. Persediaan awal agar tidak tersungkur dipertengahan jalan kata orang.. Ya, penulis tidak langsung tertarik mahupun bersetuju dengan perlunya percintaan sebelum perkahwinan.. Kononnya untuk mengenali satu sama lain. Maaf, bahtera yang dibina seperti itu, akan rapuh setelah perkahwinan kerana pemahaman mengenai pasangan sebelum dan selepas besar kemungkinan TIDAK sama. Perhatikan sendiri implikasinya pada masyarakat. Apabila tidak sama, hati mula meragui akan perhubungan.

Lain pula dengan percintaan yang asasnya adalah akidah.. Yang perkahwinannya berniatkan cinta Allah. Bertunjangkan harapan ke syurga Allah. Terbina atas satu fikrah yang sama. Penulis yakin, setelah pembacaan dan setelah pemerhatian.. Perkahwinan jenis ini yang kekal bukan sahaja sehingga ke akhir hayat, malah selama-lamanya.

Penulis tidak layak untuk mengulas lanjut. Cuma penulis hanya layak untuk berkongsi beberapa bahan bacaan yang dikongsikan kepada penulis oleh seorang sahabat dunia akhirat sebagai persediaan ke alam perkahwinan. Begini list bahan bacaannya.

————————-

1-Fiqh wanita –Ustazah Nurbaiyah Mahamood

2-Men fr mars, women fr venus a.k.a Men fr safa, Women fr Marwa

3- Aku terima nikahnya 1 & 2 (bercinta sampai ke syurga)- Hasrizal Abd Jamil

4-Amalan ibu mengandung – Ustazah Siti Nurbaiyah Mahamood

5-Pendidikan anak dalam Islam –Abdullah Nasih Ulwan

6-Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul-Nya – Fatimah Syarha

7-Akhbaarun Nisa’-Ibnu Jauzi’

8-Adab al-Khithbah wa az-Zifaaf -Syeikh ‘Amr ‘Abdul Mun’im Salim -telah diterjemahkan atas judul “Indahnya Menikah Ala Sunnah Nabi SAW”@”Panduan Lengkap Nikah menuju keluarga sakinah”

9- The Muslim Family Vol 2 : Closer Than A Garment : Marital Intimacy According to the Pure Sunnah – Muhammad al-Jibaly

10- Tuhfatul A’rus – Syeikh Mahmud Mahdi al-Istanbuli

11- Perfume Garden – Qadhi Taftazani (Tunisia)

—————————–

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s