gundah fikiranku.

Salam alaik.

sehari sebelumnya… berlangsungnya perikatan yang memurnikan hubungan. maka terbina sebuah masjid di jannah Yang Esa. terlonjak gembira perasaan menggetarkan hati dalam sujud menghadap Tuhan. dihadapkan syukur sedalam ikhlas… setinggi pengharapan. menitisnya titisan itu, tanda hanya satu. Syukur keatas rahmatNya. semalam itu juga, dua hati yang sedang basah atas kesyukuran, melangkah mencari keredhaanNya. Dalam rahmat bermulanya permulaan dan berakhirnya pengakhiran… yang mana jarang dihayati. dalam semangat tahun baru hijrah. Tanda perubahan, kearah kemurnianNya. menjejaki yanah hradec kralove hingga ke peruk eurocenter untuk ole2 pasangan baru kami.

Sungguh.. kehadiran Maal Hijrah tidaklah diraikan dengan nasyid2, tarian riang si artis. letupan bunga api bergemerlapan di langit dan ratusan orang menunggu, menanti dan ternanti saatnya, tanpa berbuat apa selain mengira di padang.. tidak pula Islam mengajarkan sebegitu caranya untuk meraikan kehadiran tahun baru.. Alhamdulillah… sekalipun x nampak di mata akan sambutan, tapi dihati ternanti2 akan tibanya hari ni <setelah diingatkan ayahanda>.. pengakhiran yang lama didoa, permulaan yang baru didoa.. sungguh, indah akan cara sambutan tahun baru dalam islam. sambutan yang membawa ummat kembali mengukur diri, bukan selanjutnya makin hanyut dari Illahi. sambutan yang menyedarkan bahawa kita ini hamba, dan tuhan yang menentukan segala itu ada, ALLAH. diantaranya, diselit pula dengan ziarah-menziarahi. indah, kerana antara ziarah itu wujud tarbiyah nasihat-menasihati. tunduk lantas menundukkan.

Seberlangsungnya hari itu pada keesokannya.. Subhanallah..”…………….”..  Tak butir perkataan, tak tercoret perasaan.. tak terucap emosi yang melanda sewaktu berlangungnya peristiwa indah itu. Perasaan yang wujud itu melimpah-ruah, mendakap…. lemas tapi menyenangkan. Melepaskan rindu yang bernanah.. meninggikan kesyukuran.. merendahkan nafsu dalam ketinggian iman. semuanya berjalan biasa, tiada beza sedikit hama sekalipun daripada hari lainnya. tiada yang akan dapat membayangkan, meneka malah mengagak. Indah.. mungkin hanya itu satu perkataan yang menerangkan semuanya.

Di antara rahsia teragung dan nikmat yang telah dianugerahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada manusia adalah dengan terciptanya Hati dan Perasaan. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan jiwa-jiwa yang tidak mungkin dapat ditafsirkan melalui kaca mata sains dan teknologi.

Alhamdulillah.. aku bersyukur atas tarbiyah dari Mu Ya Allah. ketika di Malaysia, pada penghulu segala hari.. Kau hadapkan dihadapanku sekujur tubuh yang dibalut kain putih. setelah rohnya dipanggil ajal. maka ketika itu aku sedar bahawa Masa bukan sesiapa yang punya. bukan aku, bukan perdana menteri, bukan juga milik mana-mana yang imannya tinggi. kemudian di bumi hradec kralove pada hari yang sama, kau hadapkan dihadapanku seorang insan yang hatinya menjadi seputih kain memutih atas penyaksiannya. maka bergemalah syahadah mengucapkan Engkaulah mutlak tiada yang lain sebagai Rabb, dan Nabi Muhammad itulah utusanMu, pembawa gagasan Ad-deen milikMu. lantas aku tersedar dari lamunan bahawa Engkaulah yang Maha Adil tiada tandingnya.. Engkau;ah pemilik hidayah… Hidayah itu bukan milik siapa-siapa. Bukan milik murabbi.. Bukan milik daie. bukan milik imam2. bukan milik usahawan2 dan demawan2… Engkau berhak memberikan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. kepada sesiapa yang mencariNya. sesuai dengan usahanya sendiri. bergenang air itu tanda syukur akan nikmat imanku. tanda kasih aku pada Mu. tanda azamku untuk juga sama membantu agamaMu. bergema syahadah itu menggetarkan hati ini kerana takutkan seksaMu. Takutkan pembalasan dariMu.

kerana itu Ya Allah… janganlah engkau biarkan walau sesaat hal ehwalku di dunia ini di pandu olehku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s