Bersabarlah..


salam’alaika….

terfikir sejenak tentang lumrah kehidupan yang kelihatan seolah2 mempermainkan…
terkadang terjulang di puncak,
terkadang tercampak ke lembah…
teringat kata2 pujangga bahawa…

“hidup ini bagaikan roda. sekejap di atas, sekejap lagi di bawah”

kemudian terfikirku mengenai soal ini…
dimanakah aku sekarang?
-di puncakkah?
-di lembahkah?
-atau ditengah2?

kembaliku bertanya pada hati…
kerana disaat akal dan fikiran menjadi buntu,
ku yakini pada hati sebagai peneraju…
walau mungkin hati ini tidaklah bebas daripada bintik2 hitam,
namun itulah yang masih ku miliki,
atau yang mampu ku miliki.

ya, lama ku cari dalam hati…
hati kemudiannya berbisik,
“sabar… jadikan sabar itu sebagai amalan kerana kata nabi, sabar itu adalah sinaran”.
ya benar. mungkin aku perlu bersabar.
bersabar dengan kedudukanku dalam putaran roda hidup sekarang.
betul, aku mungkin bukan yang tertinggi dalam kitaran roda itu…
namun…
aku juga mungkin bukan yang terbawah, pasti bukan yang terakhir!!
ya, aku masih lagi beruntung…

hati kembali bertanya…
“bagaimana agaknya untuk memupuk jiwa yang bersabar?”

kuncinya, kesabaran yang tinggi
bagaimana caranya utk mencapai tahap kesabaran yg tinggi?
bagaimana agaknya utk megikuti teladan rasul Allah yang mulia?
diejek, dicaci namun masih tersenyum.
dihina, dilempari dgn bermacam2 objek, namun masih lagi tersenyum.
masih tega Baginda berdiri dlm usahanya utk menyebarkan cahaya Islamiyah.
subhanallah… maha suci Engkau yg mengutuskan sebaik2 utusan ke dunia…

Allah sentiasa bersama2 dgn org yg bersabar…
memang kadang kala diri ini terasa sedih dan kecewa bila hajat tak tercapai
hingga aku tertanya2, “kenapa semuanya bertentangan dgn kehendak?”
ya… setelah semua keringat dicurahkan,
akhirnya… aku hanya dikecewakan…
namun, kusedar…
itulah yg dinamakan ujian kehidupan,
ujian yg menyukat dan megukur takat dalamnya IMAN.
mana mungkin kedalaman dpt diketahui jika tidak mengukur?
jadi itulah ukuran keIMANan… sebuah ujian,
atau mungkin lebih daripada satu ujian…
maka kerana itu,
tatkala dilanda ujian, kuingatkan diri sendiri…
“bahawa aku sedang diuji dan diduga. maka bersabarlah wahai hati.”
ya… bersabarlah…
kerana jika berjaya menghadapi ujian tersebut,
maka gembiralah wahai hati!
kerana tiada balasan yang lebih hebat di dunia dan akhirat
daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar ketika diuji di dunia yang fana ini.

bukankah sabar itu pembasuh dosa?
jadi sabar itu perlu dilakukan dan diamalkan,
sejak awal diri dilanda susah,
kerana ia begitu payah untuk dipupuk.
orang2 yg sabar sentiasa dikasihi Allah,
aku ingin menjadi org yg dikasihi Allah.
jadi, kuatlah wahai hati!
sabarlah, sabar pabila diuji,
kerana sesungguhnya wahai hati,
jika kau tak redha ketika diuji,
maka jauhlah kau drpd rahmat dan rahimNya!
aku tak mahu begitu!
mahukah kau begitu, wahai hati?

ku ingin hidup ini sentiasa dipandu olehNya…
jadi, sabarlah hai hati dan istiqamahlah,
kerana, “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah:6)

tanpa masalah dan ujian, mana mungkin diri ini akan matang? kerana ujian itu adalah sebaik2 penyakit, dan kesabaran itu adalah sebaik2 penawar.
maka, bersabarlah ketika diri berada di bawah roda hidup…
wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s