SERONOKNYA HIDUP BERTAUHID DAN BAHAYA MURTAD… (petikan daripada JABAR)

JAWATANKUASA BERTINDAK ANTI RIDDAH

Pulau Pinang

01 Muharram 1428 Hijrah

Kepada,

Seluruh umat Islam yang dicintai,

Assalamualaikum,

SERONOKNYA HIDUP BERTAUHID DAN BAHAYA MURTAD…

Tauhid ialah mengesakan ALLAH dalam semua kerja buat manusia terutamanya ibadah.

Tauhid adalah pegangan pokok kepada kehidupan manusia kerana tauhid menjadi landasan bagi setiap amal yang dilakukannya.

Tauhid terjelma dari dua kalimah syahadah :”Ash hadu an la ilaha illaLLAH, Wa ashhadu anna MuhammadarrasuluLLAH”.

Tauhid bukan sekadar mengenal dan mengerti bahawa Pencipta alam semesta  ini adalah ALLAH, bukan sekadar mengenali bukti keberadaan ALLAH serta mempercayai keesaanNya. Firman ALLAH yang bermaksud:” Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka (orang-orang kafir) : “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab : “ALLAH”. Katakanlah segala puji bagi ALLAH tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”. – Surah Luqman : 25.

Iblis mempercayai bahawa Tuhannya adalah ALLAH, bahkan mengakui keesaan dan kemahakuasaan ALLAH. Firman ALLAH yang bermaksud : “Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka (anak-anak Adam) semuanya.”” –Surah Shaad: 82.

Kalau begitu apakah hakikat TAUHID itu?

Tauhid ialah pemurnian ibadah hanya kepada ALLAH, iaitu : menghambakan diri hanya kepada ALLAH  secara suci dan berterusan dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya dengan penuh rasa rendah diri, cinta, harap dan bersangatan takut kepadaNya.

Inilah tujuan sebenarnya manusia diciptakan ALLAH. Inilah misi para nabi dan para rasul dari nabi Adam sehinggalah nabi Muhammad sallaLLAHU alaihi wa sallam iaitulah misi tauhid. Firman ALLAH yang bermaksud : “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) :”Beribadahlah kepada ALLAH (sahaja) dan jauhilah thaghut””.- Surah An-Nahl:36

Kehidupan manusia yang menyimpang dari makna tauhid hanyalah sia-sia meskipun dia kaya raya serta hidup mewah, malah ALLAH menolak amalan orang yang tidak mentauhidkanNya.

Apakah MURTAD itu?

Murtad ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang dilafazkan atau niat dalam hati oleh seseorang Islam yang mukallaf, di mana perbuatan atau perkataan atau niat seseorang tadi adalah dengan sengaja yang menyebabkan ia terkeluar dari Islam.

Bagaimana murtad boleh berlaku?

Murtad boleh berlaku dengan salah satu dari tiga perkara berikut :

(1)   Disebabkan kepercayaan dalam hati (iktiqad)

(2)   Disebabkan perbuatan yang sengaja

(3)   Disebabakan perkataan yang sengaja

Bagaimanakah yang dikatakan murtad itu bahaya?

Bahaya murtad ini telah dijelaskan oleh firman ALLAH dalam ayat 217, surah Al-Baqarah yang bermaksud :” Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka mereka kekal di dalamnya selama-lamanya”.

Ertinya kalau seseorang Islam itu Murtad, semua amal baik dan pahalanya dihapuskan ALLAH. Seseorang Islam yang melakukan dosa, walau sebesar mana sekalipun dosanya ianya akan diampun oleh ALLAH dengan bertaubat, jika dia tidak bertaubat, di akhirat nanti, dia akan dimasukkan ke dalam neraka ALLAH namun masih berpeluang untuk menikmati syurga ALLAH setelah dia dibakar terlebih dahulu dalam neraka sebagai balasan terhadap dosa-dosa yang dia lakukan kerana dia tidak bertaubat. Tetapi jika seseorang itu murtad dan dia mati dalam keadaan murtad dia dikira kafir oleh ALLAH dan di akhirat nanti dia tidak berpeluang langsung untuk masuk ke syurga ALLAH malah dia akan kekal dalam neraka ALLAH, nauzubiLLAH!

Apakah hukuman di dunia ini ke atas orang Islam yang murtad ?

Seseorang Islam yang murtad jika telah sabit kesalahannya di mahkamah hendaklah disuruh bertaubat, supaya ia kembali kepada Islam. Jika ia enggan bertaubat, maka wajiblah dijatuhkan hukman bunuh ke atasnya. Hukuman ini berdalilkan hadith Nabi SAW yang di riwayatkan dari Ibni Abbas R.A. bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia”.

Justeru, pilihlah hidup berasaskan TAUHID kepada ALLAH agar kita bukan sahaja seronok hidup di dunia malah kita akan jauh lebih seronok hidup di akhirat nanti apabila kita berada di taman-taman syurga ALLAH yang indah, nyaman dan dipenuhi nikmat yang tiada batasnya dari ILAHI. Betapa seronoknya hidup bertauhid.

Sekian, wassalamu’alaikum.

“DUNIAKU AKHIRAT”

Yang menjalankan amanah,

Jawatankuasa Bertindak Anti Ridah

(JABAR)

2 thoughts on “SERONOKNYA HIDUP BERTAUHID DAN BAHAYA MURTAD… (petikan daripada JABAR)

  1. lieyda says:

    Assalamualaikum.. disini sy ad suatu persoalan… diharap JABAR dpt memberi sdikit pndgn tntg persoaln ini..

    ~Adilkah org bkn islam bleh msuk islam tnpa pksaan..ttp org islam.. xbleh keluar islam sesuka hati..??? jadi…dimanakah keadilannya disini??

    • maaf, saya bukanlah pihak JABAR, namun.. izinkan saya berkongsi pendapat saya.

      Islam seperti yang kita yakin dan faham, adalah kebenaran yang hak, yang mutlak. apabila seseorang itu sudah memahami akan kebenaran islam, kemudian memilih untuk mengikut hawa nafsu lalu memisahkan diri daripada Islam, bukankah itu kezaliman yang nyata.

      wallahualam, ini hanya sekadar pendapat saya. harap, saudari akan mendapatkan jawapan dari pihak yang lebih berautoriti.

      saya mencadangkan untuk bertanyakan kepada imam2 yang terkenal, seperti dr maza dsb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s