Buat aku dari aku yang lain… Ingatlah Aku agar aku selamat..

aku tertarik membaca coretan aku yang lain di channel youtube… begini katanya.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI

ambik tuh.. maka terpanahlah aku hasil kata-kata aku yang lain itu. Maka aku teringat kepada Aku. Sungguh aku menjadi hamba Aku yang semakin jauh dari Aku kerana cinta. Maka, aku mengikut kata-kata aku yang laen, yang dia berkata.

ya allah..bantu lah hamba mu ini…permudahkanla jdoh ku dengan dia…jika dia bukan jdoh ku…ptunjuk kn la ya allah…smga aku mredhai kehendak mu…ya allah

dan aku turutu lagi aku yang lain pula berdoa. begini doanya.

Ya Allah.. temukan lah aku dgn hamba mu yg telah Engkau tentukan untuk ku.. Sesungguhnya aku hnya boleh mrancang.. tp Engkau yg mnentukan sgala galanya..

dan lagi.

ya Allah, aku insan yg kerdil..aku bermohon padaMu agar ko temuikan la aku dgn pasangan yg terbaik utk ku..seandainya dia utk ku..satukan la hati kami…amin

aku terus turuti.

Ya Rabbana, jika daku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika daku rindu, rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika daku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai daku merindukan syurga-Mu

terus menerus.

Ya Muhaimin, jika ku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah ku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta semu.

AMIIIIIIIIN~~~ wah.. bagitu cantik cinta orang-orang yang terpelihara imannya. semoga aku termasuk dalam aku yang sebegitu. Akan aku usahakan. Insyaallah~~

p/s: aku juga turuti doa dari nasyid ini.. ;p

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s