God is the light

Hampir genap seminggu hidupku sudah pun dihabiskan di tanah czech republik. 9409.7 km jauhnya dari tanah airku nun jauh di mata. Malaysia. Dlam seminggu itu pon, sudah banyak ujian kecil-kecilan datang mengetuk pintu hati ini. Memutarkan akal di minda agar ligat berpusing mencari hujung tali masalah untuk dileraikan. Dalam kekalutan aku menyesuaikan diri ku yang asing di tanah asing ini, sudah banyak perkara terlintas dibenak hati untuk ku tulis sebagai entri post pertama ku semenjak di sini.. Namun, kita hanya mampu merancang, Allah juga penentu segalanya. Akhirnya, entri pertama ku bukanlah hasil tulisan ku sendiri. haha, sudah hilang spesel nya disitu. Tidak mengapa, anggaplah ini bayaran hutangnya. ^_^

Soket.

Namun, bukanlah hajat ku untuk menulis mengenai bagaimana hidup ku disini dan permasalahan sekitarnya. Cuma ku ingin menggarap sesuatu mengenai salah satu ciptaan manusia yang wujudnya hanyalah kerana petunjuk daripada Allah. Allah berkuasa untuk menganugerahkan petunjukNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Maka, suatu ketika dahulu, atas kerana usaha hambaNya, maka hamba ini dikurniakan ilham untuk mencipta sesuatu yang ramai gelar kini lampu. Maka, terkenallah kata-kata beliau seperti yang kita sudah biasa jadikan halwa telinga kita apabila ingin mencapai sesuatu.

Thomas Edison “I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”

Lampu seperti yang kita sedia ketahui memerlukan soket untuk mengalirkan elektrik agar membolehkan lampu itu berfungsi. Apa yang saya ketahui, terdapat dua jenis soket yang terdapat di pasaran. Hurm.. kisahkan perkataan yang digunakan. Itu tidaklah menjadi tumpuan ulasan ini. Yang saya ketahui, hanyalah soket yang beralur, dan satu lagi soket yang hanya perlu dimasukkan mentolnya dan dipusing sedikit. Berpin mungkin. Jadi, apa yang pasti disini, mentol yang digunakan mestilah yang bersesuaian dengan soket untuk membolehkan mentol itu menyala apabila diletakkan ditempatnya.

Mentol.

Mengapa baru sekarang saya berceloteh mengenai mentol?. Haa, ini adalah kerana uniknya sistem lampu disini. Saya tidak berniat untuk menyentuh mengenai litar yang diguna pakai disini, tetapi saya ingin mengulas bagaimana keadaaan nyalaan mentol di czech republik. Sekiranya anda yang membaca iingin mengetahui, di sini sangat mengamalkan penjimatan elektrik. Lampunya hanya akan menyala apabila sensornya mengesan pergerakan dikawasan berhampiran. Sekiranya tiada, lampu itu akan kembali terpadam untuk menjimatkan elektrik. Sangat menjimatkan dan efisien. Hanya dengan pergerakan yang mencukupi sahaja, barulah lampu itu menyala untuk membantu pengguna yang berhampiran.

Jadi? Mengapa Soket dan lampu ini?

Yaaa… di sini, saya ingin sekali mengaitkan dengan subjek utama perbincangan. Yakni Hidayah Allah. Memetik daripada kitab suci Al-quran…

<2:142> Orang-orang yang kurang akal di antara manusia akan berkata, “Apakah yang memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (berkiblat) kepadanya?” Katakanlah “Milik Allah-lah timur dan barat, Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus”.

Atas kehendak mutlak Allah, dia berhak untuk memberikan hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendaki. Dengan maksud kepada sesiapa yang dia kehendaki itu adalah, semestinya kepada sesiapa sahaja yang Allah rasakan layak diberi mengikut kehendakNya, dan tidak akan memberikan HidayahNya kepada sesiapa sahaja yang dirasakan tidak layah untuk menerimanya.

Dan seperti yang sudah Allah berfirman dalam ayat yang lain, kriteria orang yang diberikan hidayah itu adalah orang yang beriman (2:213) dan yg berpegang teguh kpd agama Allah (4:175).. sbg balasan kpd org yg berbuat baik (6:84), yg mengerjakan kebajikan (10:9) yg bertaubat (13:27) yg bersyukur (16:121) yg mahukan petunjuk (28:56) yg mencari kebenaran (93:7) yg tunduk sujud n mngis apbla dbckn ayat Allah (19:58). Begitulah secara ringkasnya. Mungkin masih ada lagi kriteria2 untuk menerima hidayah, namun hanya setakat inilah yang saya ketahui.

Dalam masa yang sama, Allah juga ada berfirman mengenai kriteria orang yang tidak diberikan hidayahNya. Ini termasuklah kepada orang yang zalim (2:258) mahupun kepada yang mengetahui akan sesuatu kesalahan, tetapi masih melakukannya (2:120)&(3:86) tidak kepada pendusta dan orang yang sangat ingkar kepada Allah (39:3) juga tidak kepada yang melampaui batas dan pendusta (40:28) dan juga tidak diberikan kepada yang membuat nafsu sebagai tuhan (45:23) berserta orang-orang yang fasik (5:104) dan tidak kepada orang yang kafir [yang tidak menerima ayat Allah] (2:264) dan tidak kepada yang tidak beriman kepda ayat quran (16:104).

Jadi, setelah meneliti akan kesemua kriteria ini, adakah logik sekiranya seseorang itu membuat maksiat tidak tentu hala, lantas apabila didatangkan kepadanya peringatan, lalu dia berkata.

“ala, lek aa.. hidayah tak datang lagi”

Hah, persoalannya disini… Adakah pada ketika dia sedang berfoya-foya seperti itu, dia termasuk dalam golongan orang yang akan diberikan hidayah oleh Allah. Adakah dalam dia berfoya itu, dia mencari kebenaran? Atau berbuat kebajikan? Jauh panggang dari api. Jauh lagi daripada menjadi sebahagian daripada orang yang beriman. Jalannya yang sebanar adalah untuk mula bertaubat, dan mula mencari kebenaran. Ingatlah, hidayah itu bukan milik sesiapa yang boleh kita minta di pejabat perdana menteri setelah mengisi helian-helaian borang berserta bayaran wang. Dan tidak juga dapat setelah kita memanjat Gunung Everest meskipun. Maka, mari kita merenung kembali akan keadaan diri kita ini.. LAYAKKAH kita ini mendapat petunjuk daripada Allah. Sekiranya tidak, maka berusahalah untuk menjadi orang yang tersenarai dalam golongan yang layak untuk menerima hidayahNya.

Keadaan inilah yang saya ingin gambarkan melalui soket dan mentol di tanah czech republik ini. Sekiranya kita tidak mempunyai mentol yang bersesuaian dengan soket, mentol itu tidak akan menyala. Sekiranya kita ini tidak beriman kepada Allah, dan berpaling dari kebenaran, mana mungkin sinaran cahaya itu akan tersimbah kepada diri kita? Sekiranya kita ini tergolong kepada orang yang melakukan dosa-dosa besar yang berterusan, adakah kita ini menepati akan status beriman itu? Renungkanlah, bahawa mentol yang tidak kena pada soket tidak akan menyala. Tidak kena pada gayanya, bak kata orang tua-tua.

Manakala, mentol di czech republik ini pula, hanya akan menyala apabila cukup pergerakan dikesan oleh sensor. Berkaitan hal ini, tertarik untuk saya kaitkan dengan kecukupan perbuatan yang kita harus lakukan untuk menerima hidayah daripada Allah dengan cukupnya pergerakan yang dikesan oleh sensor. Adakah kita berfikiran bahawa sekiranya kita hanya bersuka-ria sepanjang masa, dan kemudian hanya melakukan sekelumit pahala, maka hidayah itu akan menjadi milik kita? Seperti sensor itu juga, usaha haruslah dipertunjukkan untuk kita meraih hidayah Allah. Sememangnya Allah berkuasa sahaja untuk memberikan hidayahNya kepada sesiapa sahaja seperti yang sudah dinyatakan dalam ayat quran (6:35)(6:149). Sungguh itu semua termasuk dalam kuasaNya. Namun, adakah kita yakin sehingga akhir hayat kita bahawa kita akan menikmati hidayah itu? Adakah kita hanya akan terus menunggu? Atau kita memulakan langkah untuk mendekati Allah. Saya teringat akan hadith Rasulullah s.w.t

“jika kita mau mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Jika kita mau mendekati Allah dengan berjalan, Allah mendekati kita dengan berlari dan jika kita mau mendekati Allah dengan berlari, Allah akan mendekati kita dengan berlari dan terus berlari.”

(HR. Bukhari Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Nisai dan Ibnu Majah)

Oleh yang demikian, adalah sewajarnya untuk kita mula menanam benih cinta kepada Allah. Hakikatnya, untuk cinta itu bercambah, perlulah kita sirami dengan air yang menambah erat akan perhubungan antara kita dan Allah. Semestinya, seperti orang yang sedang enak dibuai cinta indah.. Kita seharusnya kerap menghantar kata-kata cinta, kasih merindu. Maka persembahkanlah solat kita sekhusyuk yang mungkin. Seharusnya pasangan yang bercinta itu terwujud jauh diufuk hatinya ke ikhlasan untuk melakukan perkara yang disukai dan menjauhi perkara yang dibenci oleh pasangannya. Maka, marilah kita bersama berusaha untuk mengikuti segala perintahNya. Maka kerana itu, marilah kita bersama untuk mengamalkan amal makruf nahi mungkar.

Setelah memikirkan semua itu.. Marilah kita bersama berfikir sejenak mengenai ayat quran ini..

(9:24)Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

Dalam kehidupan ini, sejauh manakah kita menghiraukan seIslam manakah kita? Atau kita lebihkan kerisauan kita itu pada perkara-perkara duniawi. Mementingkan mesyuarat sehingga meninggalkan solat, sedangkan Allah sudah memberikan kesenangan untuk dibolehkan jamak? Atau, mementingkan perlawanan bola sepak sehingga sanggup bangun di tengah malam.. Namun tidak pernah pula berbuat begitu untuk mengingati Allah. Sungguh, Allah telah pun memberikan kita satu kitab panduan.. penerang yang baik dan buruk, yakni kitab suci Al-quran. Sesungguhnya, marilah kita mendekati Allah melalui kata-kataNya. Kerana, sesungguhnya… hidayah itu juga datang melalui quran

(5:16) Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.

Hurm, mungkin ada yang bertanya.. Mengapa perlu kita mengejar hidayahNya, dan apakah kelebihannya? Hurm.. mungkin, secara ringkas sahaja saya akan mengulasnya.. Insyaallah.

Ketahuilah, kesesatan itu merupakan sesuatu yang amat buruk. Untuk hidup tanpa tujuan.. fikirkan. Pagi.. bangun, makan, pergi kerja untuk menyara hidup. Kemudian, kerja, kerja, kerja… tensi kejap, relax kejap, makan kejap. Abis kerja, balik rehat. Kalau bosan, keluar rumah cari hiburan. Pergi pub, pergi disko. Bising-bising sampai penat. Balik, kemudian tidur. Kemudian, perkara yang sama berulang lagi pada esok harinya. Mana matlamatnya? Mana nikmat sebenarnya? Mana kegembiraan yang berkekalannya? Benarkah hilang segala bosan, penat, tensi… Fikirkan.

Jadi, berdasarkan ayat quran, barangsiapa yang tidak menerima petunjuk akan menjadi sesat. (6:77) dan sesungguhnya, itu merupakan sebahagian daripada siksa kepada orang yang tidak beriman(6:125). Dan kerana hidayah itu hanyalah milik tunggal Allah, tiada siapa yang mampu untuk memberikan petunjuk selain dariNya(7:186). Bagaimana pula dengan kelebihan?? Hurm.. semestinya kita akan menjadi lebih dekat dengan Allah. Apabila kita dekat dengan Allah, sehingga merasakan cukuplah Allah bagi kita (9:129), semestinya tiada apa lagi yang dapat menakutkan kita selain Allah. Maka, itulah kelebihan yang terbesar (2:38) Hurm, Cuma menjadi seorang yang tidak takut, apalah sangat kelebihan ini? Haa, fikirkan.. tanpa rasa takut, perkara apa yang tidak dapat kita lakukan. Untuk bercita-cita dalam ruang lingkup kemampuan? Kita kan berani untuknya. Kerana kita yakin bahawa Allah bersama kita. Untuk melakukan perkara yang dirasakan sukar.. kita akan yakin bahawa kita mampu untuk melakukannya kerana janji Allah bahawa kita tidak akan dibebani perkara yang tidak mampu kita selesaikan, lantas berani untuk berdepan dengannya. Sesungguhnya, kitalah yang dalam kerugian sekiranya tidak mendapat petunjuk (7:178)

Jadi, kepada yang sudah merasakan nikmat hidayah itu? Apa yang sepatutnya dilakukan setelah menerimanya? Bersyukurlah, dan agungkanlah Allah (2:185).. kerana, kita harus yakin bahawa tiadalah kuasa atas kita untuk sendiri menerimanya. Yakinlah bahawa ianya adalah kurnia Allah dan bukan atas usaha kita sendiri (2:272). Insyaallah…… Maka berdoalah seperti orang yang berilmu berdoa..

(3:8) (Mereka berdoa Dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


Ulasan ini adalah ulasan peribadi. sekiranya ada cela dan salahnya.. Diharapkan pada yang sudi untuk sama2 berkongsi ilmu dan tegurlah mana cacatnya. Jazakallah. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s