seusai ramadhan~

Apabila terlajak dek kepincangan iman, jiwa bergelodak dan hati bagaikan disiat-siat.
Tapi sesungguhnya peluang masih ada, masih ada untuk kita kembali kepada-Nya.
Masih ada. Masih wujud untuk kita. Cuma kita sendiri yang tidak menyedarinya. Ramadhan yang sudah berlalu, disia-siakan begitu sahaja. Alangkah ruginya. Diri sentiasa menyangka bahawa roh masih lagi bersama jasad pada Ramadhan seterusnya. Begitu yakin sekali. Yakin dan angkuh! Tetapi sesungguhnya tiada siapa di semesta ini yang boleh mengatakan ” Sesungguhnya aku amat yakin bahawa aku akan hidup pada esok hari”. Hanya Allah yang boleh menentukan hidup dan MATI. Dianggarkan bahawa 155000 orang manusia akan mati setiap HARI! Dan tidak mustahil bahawa KITA akan menjadi salah satu daripada angka tersebut. Tiada siapa yang tahu. Maka, kembalilah kepada-Nya. Sesungguhnya kita masih belum terlambat.

Niat setiap muslim pada awal Ramadhan. “Aku ingin berubah pada Ramadhan kali ini. Aku ingin berubah dan aku ingin berubah. Aku ingin qiam pada malam hari. Aku ingin qiam pada setiap malam. Aku inginkan lailatul qadr”.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

MALAM PERTAMA
– hari pertama berpuasa. Aaahh penat. Aku harus tidur awal.

MALAM KEDUA
– Banyaknya kerja yang aku harus selesaikan…(akhirnya tertidur di meja kerja)

MALAM KETIGA hingga MALAM KEDUAPULUH
– Ulama kata, lailatul qadar terdapat pada 10 malam terakhir

MALAM KEDUA PULUH SATU
– Kawan, kejutkan aku pukul 2 pagi. Aku ingin qiam. Tepat pukul dua pagi, si kawan mengejutkan kita. Kita bangun dan beredar. Bukan untuk berwuduk, tapi untuk menyambung lena.

MALAM KEDUA PULUH DUA
– Ustaz cakap, malam yang ganjil saja

MALAM KEDUA PULUH TIGA
– Kunci penggera handfon. Handfon berbunyi, penggera dimatikan.

MALAM KEDUA PULUH EMPAT
– Malam ganjil sahaja

MALAM KEDUA PULUH LIMA
– penat stay-up sampai tengah malam, akhirnya tertidur tanpa sebarang rakaat.

MALAM KEDUA PULUH ENAM
– ganjil!

MALAM KEDUA PULUH TUJUH
– bangun pada 2 pagi. Menuju ke surau. Tapi akhirnya terlelap sehingga ke azan subuh di koridor surau.

MALAM KEDUA PULUH LAPAN
– nak raya dah. esok balik kampung. kena tidur awal ni…

MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN
– kenyangnya berbuka….

MALAM KETIGA PULUH
– aduh, terlepas lagi Al-Qadr tahun ni….

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Saya teringat kata-kata seorang sahabat juga merangkap kepala jemaah kami “Rasullullah pernah berkata, jika pada Ramadhan, seorang hamba itu tidak berubah, maka binasalah dia”

Jadi, binasakah kita?
<Hamba yang rugi>
[dipetik daripada email seorang hamba Allah kepadaku]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s