Tolong Sampaikan~

Tolong sampaikan pada si dia.

Tolong beritahu si dia, bahawa aku ada pesanan buatnya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan si doa, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa akan gerangan si dia..

Moga pesananku sampai padanyawalau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, yang memasuki taman larangan dengan sopan santunnya lantas bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Begini pesananku….

Pertama sekali, Assalamualaikum untuk dirimu..

Saya tidak mampu memahami akan perasaan ini yang mencul tiba-tiba dalam diri ini. Saya juga tidak mengerti akan mengapa begitu utuh perasaan ini bersemadi erat dalam hati saya di hari yang indah ini, yang membuatkan saya begitu berani unutk mencoretkan sesuatu untuk awak yang tidak pernah saya kenali..

Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya pada sesiapa, apatah lagi untuk meluahkan sesuatu yang dikhususkan untuk awak sebelum tiba masanya. Hal ini menuntut sesuatu yang perlu saya jaga dengan rapi selama ini semata-mata untuk awak, itulah hati dan cinta saya.

Semenjak kecil, saya dididik oleh ibunda sepaya menjaga maruah diri, kerana Allah menetapkannya hanya untuk diri awak suatu hari nanti. Kata Ibu, tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan adalah menjaga dan mendidiknya sehinggalah suatu ketika nanti akan dating seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, bagi saya, awak sudah wujud dalam diri saya semenjak waktu itu lagi, malahan sebelum itu pun.

Sepanjang unur saya ini, saya telah menutup pintu hati ini daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi awak. Saya berkeras menghalang diri daripada mengenali mana-mana lelaki apatah lagi untuk memahami mereka melainkan awak. Kerana itulah saya sedaya-upaya untuk membatasi pergaulan saya dengan yang bukan mahram saya. Saya lebih suka berada di rumah daripada menghabiskan masa di luar. Saya sering sahaja berasa tidak selamat apabila diperhatikan oleh lelaki. Bukanlah maksud saya untuk bersangka buruk pada mereka, tetapi adalah lebih baik untuk saya agar berjaga-jaga.

Saya akan palingkan wajah saya daripada lelaki yang asyik merenung saya malahan kepada yang cuba untuk merenung saya. Saya seboleh-bolehnya akan melarikan pandangan daripada lelaki kerana masih terngiang-ngiang di telinga saya akan pesanan isteri nabi, Sayiditina Aisyah R.A yakni sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Tidak terlintas dalam hati saya untuk dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik dimata awak. Apa gunanya saya jadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya dan akan menjadi milik awak seorang sahaja. Saya tidak berasa bangga sekiranya menjadi rebutan lelaki, bahkan saya terasa terhina diperlakukan sedemikian, seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Saya juga tidak mahu menjadi punca kegagalan seseorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya sampaikan. Bagaimana saya akan menjawab di hadapan Allah kelak andai disoal?. Adakah itu sumbangan saya kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Jika saya inginkan lelaki yang baik unutk menjadi suami saya, saya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak saya nafikan sebagai remaja saya mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi, namun setiap kali perasaan itu dating, setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana itu adalah milik awak. Allah sudah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci. Bukanlah hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang sudah dibahagi-bahagikan.

Tetapi, suatu ketika itu saya diuji oleh Allah apabila seorang lelaki secara tidaksengaja mahu berkenalan dengan saya. Namun, saya secara kemas menolak. Pelbagai alas an saya berikan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti disitu, dia sentiasa menghubungi dan mengganggu saya. Saya berasa amat tidak tenteram, sehingga merasakan seolah-olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini sudah dirampas daripada saya.

Saya beristighfar memohon keampunan Ilahi. Saya juga bedoa supaya Allah melindungi diri saya daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan awak. Saya dapat rasakan awak seolah-olah wujud bersama saya. Saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah saya untuk memilih berlian sedangkan saya hanyalah sebutir pasir yang ada dimana-mana sahaja. Tetapi, saya juga ada keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin saya kea rah tuju yang satu.

Awak tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkan saya terpikat. Andainya awak jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dalam hati saya, juga dalam hati awak apabila kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang diberikan oleh ibu bapa saya. Apa guna awak menimbunkan harta untuk kemudahan saya sekiranya harta itu membuatkan awak alpa pada tanggungjawab terhadap agama. Saya tidak akan sekali-kali bahagia melihat awak sebegitu rupa. Biarlah kita hidup dibawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi saya..

(9:129) > Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan.

Sekian, salam kasih daripada saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s