ILMU = KHAZANAH TERULUNG

SETITIS air mata ini,

sungguh, TIADA yang mahu mengesatnya,

SETITIS air mata ini,

menjadi tanda bagi yang LEKA,

SETITIS air mata ini,

sangat, AMAT menyesakkan,

dalam langkah MASA kehadapan,

LAGI, fikiranku ke belakang,

mengimbas,

perjalanan hidup-SEBELUM-ku yang riang,

sungguh riang,

sungguh menyenangkan,

Dahulu,

sungguh KUAT aku berusaha,

memastikan aku raja segala,

memang payah, memang susah,

buku lima menjadi senjata,

atas modal kudrat yang ada,

sungguh aku BERJAYA,

Dahulu,

tinggi menggunung keazamanku,

Segala tumpuan dan usahaku membulat satu,

aku tidak mahu diperintah,

HANYA memerintah,

Lalu semua ku sergah,

SEMUA, ya…..

Seingatku semua,

Ah, perlukah ku tahu perkara itu?

hanya susunan simbol ciptaan manusia,

yang bercambah darinya BENDA YANG GHAIB,

Ahh, memeningkan, pusing,

perlukah, sedang papan kekunci itu menantiku,

Perlukah, sedang bangunan megah itu menanti teriak suaraku,

TAPI, itu semua dulu,

sesuatu yang amat jauh dariku,

kalah sejauh matahari,

TAK kalah jauh sesaat tadi,

kenapa sakit hati ini?

kenapa berbunyi perut ini?

Oh, keduanya belum berisi,

Sakit,

Sesal,

Sugul,

########

Gelap,

Kesejukan malam mencengkam rapat tulangku,

syukur, ku masih dapat berbantalkan tangan kananku,

syukur, ku masih boleh teringatkan silamku,

dalam sebuah RUMAH tak seberapa,

yang akhirnya dapat ku bina,

dari timbunan kotak-kotak LAMA,

Masih ku teringatkan,

pandangan SINIS anak muda,

AWAS, jangan kau sangka bahagia milik mutlakmu,

juga TAWA teruna dara,

AWAS, kelak kau terkena,

serta USIKAN kanak-kanak riang,

AWAS, jangan kau tersadung dek kealpaan,

beringatlah semua,

kedengaran JELAS bunyi gigiku berlaga,

dibawah cahaya ANAK bulan,

sunyi malam menyelubungiku,

perlahan… ku pejam mataku,

menentikan esok yang TAK pasti,

yang PASTInya sama menyesakkan,

Air mata ini,

Pasti tiada hari ini,

Kalau bukan kerana khazanah terulung,

Yang bukan dalam genggemanku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s