Doa hambaMu yang lemah~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabat.

Pada hari ini ya Allah, walau kami tiada pasti hidup dan mati kami ya Allah, kami memanjatkan doa kepadamu ya Allah agar dipelihara iman kami ya Allah dan ditingkatkan dari detik ke detik ya Allah, agar kami sentiasa mengingatimu sebagai Rabb yang mana tempat kami bergantung. Sungguh ya Allah, walaupun Kau jadikan pada perkataan tempat itu sebagai satu perkara yang Abstrak untuk menguji kami dan kami tiada mengerti dan terkadang kami lupa padamu Ya Allah, ampunkan dosa kami Ya Allah sepertimana Kau telah ampunkan dosa Adam dan Hawa dan sayangilah kami sebagaimana sayangnya Engkau kepada Baginda S.A.W dan para sahabat.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fattahu Ya Alim,
Sungguh ya Allah tiadalah kekuatan bagi kami ya Allah dalam kami mengetahui masa depan kami sendiri, yang mana yang baik, yang mana yang buruk. Dan semua ketetapan dariMu memang yang terbaik bagi diri kami. Kami memohon daripadamu ya Allah untuk dijauhkan dari belenggu kemiskinan dan kesulitan ya Allah kerana hambaMu di akhir zaman ini sudah sebati dengan penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian. Kami merasakan kemiskinan ini akan mengheret kami ke arah kekufuran dan kesulitan itu menjadikan kami lebih risau tentang dunia yang sementara ini. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunia kami agar kami lebih masa untuk beribadah kepada Mu pada setiap masa dengan sepenuh hati dan perasaan. Kami berusaha ya Allah dalam mencintaiMu lebih daripada segala-galanya walaupun tiadalah taranya dengan Rabia’tul Adawiyah. Sungguh, engkaulah pemberi hidayah yang mampu melarutkan hati-hati kami dalam kondisi yang engkau kehendaki.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fattahu Ya Alim,
Benar ya Allah, kami mengakui ya Allah, bahawa segala usaha kami untuk keputusan yang bakal engkau kurniakan adalah tiada berkuasa ya Allah. Usaha kami ya Allah hanya boleh didefinisikan melalui solat berjemaah, solat Dhuha, solat Hajat kami, solat taubat, solat tahajjud, solat witir, zikir dan segala amal kebaikan yang menyukakan Mu. Sekiranya kami melupakanmu ketika berhadapan dengan soalan-soalan peperikasaan maka ampunilah kami kerana kami insan. Dan tiada yang lebih penyayang, pengasih dan pengampun melainkan Mu ya Allah.Dan tangisan ini janganlah Engkau hentikan apabila hanya kerana Mu kami hidup ya Allah, hanya padamu kami berharap ya Allah.

Yang Maha Pengampun lagi Maha mengasihani,
Ampunkanlah dosa kami yang menggunung ini dan luluhkanlah hati kami dengan cahaya keimanan kepadaMu yang tiada luntur dan padam. Jadikanlah kami Ya Allah hambaMu yang bersyukur sentiasa. Engkaulah yang Maha Kaya yang empunya semesta Alam ini. Dan tulisan ini ya Allah dengan harapan bukanlah kami sahaja Muslim yang membacanya, kerana kami berharap ya Allah dengan usaha kami yang lemah ini yang masih lagi mencari cahaya Islam diketemukan dengan segera ya Allah. Inilah pergantungan harapan kami yang ingin kami nukilkan melalui ketukan-ketukan keyboard ini. Tanda kami tidak malu dan segan ya Allah dalam menyatakan hanya pada Engkau ya Allah Cinta Kami yang paling agung. Walaupun kami tiada mengingati pertemuan kami denganMu pada ketika dulu.

Wahai Tuhan Kami,kurniakanlah kami dunia yang baik dan akhirat yang baik dan jauhilah kami daripada api nerakaMu. Kami memohon kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh hamba Mu dan Pesuruh Mu, Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah apa yang Engkau tentukan ke atas kami sesuatu perkara, jadikanlah kesudahan petunjuk wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia.

Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, dengan kemurahan rahmatMu Kami memohon pertolongan dan dari azabMu kami minta dijauhkan. Dan perbaiklah keadaan kami seluruhnya sebagaimana perbaikkan orang-orang yang soleh. Maha suci Tuhan; Engkau Tuhan yang Maha Mulia; dan selamat sejahteralah ke atas Rasul-rasul, dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalina alam.

http://j.q.9.g.aimini.net/player/mp3/?file=http://j.q.9.g.aimini.net/play/?fid=G9qJLdgEyAOBzpfBIv3g&auto=yes&repeat=yes

2 thoughts on “Doa hambaMu yang lemah~

  1. Arofah says:

    Segala puji bagiMu Ya Allah Ya Rabb ku.
    Berkahilah hambaMu yang menulis kata2 indah diatas dengan kasih sayangMu Ya Rabb.
    Amin.

    • amin Ya Rabb. Amin Ya pemilik hati yang berbolak balik.

      ketemukanlah kami di syurga hakiki, tempat akhir tujuan hidup kami.
      Eratkanlah persaudaraan kami pada keutuhan taliMu Ya Allah. Ya Allah. Perkenankanlah doa kami. Amin.

      [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s