Tips pelembut hati~

• Untuk diri sendiri ; letak tangan kanan di atas dada iaitu di atas bahagian hati dan baca doa di bawah.

• Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis nafas dan lepaskanlah nafas.

Untuk orang lain ; ketika membaca doa letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang nak didoakan tersebut.

Atau dibacakan pada air untuk diberi minum kepada orang yang nak dilembutkan hati tersebut.

*Tambahan ; untuk lembutkan hati anak-anak, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau dimasukkan dalam bahan masakan ibu

1. Baca surah Al-Fatihah ( Bismillah …)

2. Baca ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hashr :-


3. Baca ayat 1 hingga 5 Surah Tohaa :-

4. Doa pelembut hati :

” اَللّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَ

مَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ “
Maksudnya; ( Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana kamu telah melembutkan besi bagi Nabi Daud As)

Yang penting ikhlaskan hati kita dan perbanyakkan doa dalam solat terutama semasa waktu sujud.

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

(sblom nih simpan utk dri sndrik, skang nk share lak)

Healing Piano by Chuck Brown

8 thoughts on “Tips pelembut hati~

  1. Sisy says:

    Assalamu’alaikum.
    Pada artikel di atas tertulis “untuk lembutkan hati anak-anak, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau dimasukkan dalam bahan masakan ibu”.
    Apakah untuk lembutkan hati ibu, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau dimasukkan dalam bahan masakan saya?

    • Waalaikummussalam. pertamanya, terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman ini.. Dan, harus agaknya saya tekankan bahawa saya bukanlah seorang ustaz yang bertauliah, malah merupakan seorang pelajar bidang perubatan yang cuba sedaya upaya memahami Islam. Jadi, bergantung kepada saudari untuk menerima pandangan saya atau tidak.. ^_^

      baiklah, pada pemahaman saya mengenai artikel itu… saya kira.. tidak ada masalah untuk berbuat sedemikian. tambahan lagi, juga dapat dibuat pada air minum, dan sekiranya sudah boleh pada anaknya, tidak salah sekiranya juga pada orang lain, tidakkah begitu. malah kita lagi meyakini yang berkuasa untuk merubah adalah Allah, cumanya kita berikhtiar melalui asbab atau sebab sunnatullah, seperti doa dan sebagainya.

      saya teringatkan mengenai kisah para sahabat yang telah menggunakan Surah al-fatihah sebagai jampi penyembuh sakit. kerana mujarab, beliau telah dihadiahkan kambing. apabila ditanya kepada Rasulullah, maka baginda bertanya kembali, bagaimana kamu tahu al-fatihah itu boleh dibuat jampi? kemudian, baginda berkata lagi, terimalah hadiah itu dan berikanlah padaku sebahagian darinya.

      mengenai masalah saudari, saya sukacitanya memberikan link dibawah. saya kira, nasihat yang diberikannya lebih jelas. Malah, ada juga penerangan untuk melembutkan hati ibu. saya doakan dengan kuasa Allah, masalah saudari dapat selesai seperti hendaknya. Insyaallah, amiiin.

      http://nursyirah.wordpress.com/2009/10/26/doa-pengasih-dan-doa-pelembut-hati%E2%80%A6/

      mungkin juga boleh diamalkan cara ini.. ^_^

      http://khazanahislam.co.cc/tips-kesehatan/jambu-biji-buah-penangkal-dbd-dan-pelembut-hati-tips-kesehatan.php

  2. kuchkonaru says:

    I read blogs on a similar topic, but i never visited your blog. I added it to favorites and i’ll be your constant reader.

    • sila2. tiada hak cipta pon. lagipun dapat dari orang lain juga. ^_^

      sebar2kan moga kita beroleh hasanah dariNya.

      [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  3. salam..sy nk kopi paste..insyaAllah beri manfaat..btw bagus wat blog untuk share bende2 ilmiah..sebab tuan punye blog dapat saham..moga di rahmati Allah..asalamualaikum

    • salam. sila2. tiada hak cipta pon.

      kebanyakan pon dapat dari orang lain jugak. ^_^

      sama2 kita sebarkan ilmu Allah.

      [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s