Stroke dan Iman

Kehidupan kita ini tanpa kita sedari sudahpun termaktub dalam Luh Mahfuz. Pergerakan kita, meskipun kita rasakan kita mempunyai kebebasan dalam melakukannya masih terletak dalam Qada’ dan Qadr Tuhan Yg Esa, Yg Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana..

Semua yang sudah tertakdir itu membawa kebaikan kepada diri kita sendiri.. Seorang ustaz yang pernah berceramah di masjid berhampiran pernah mengulas mengenai hal ini sedikit sebanyak.. Komentarnya, sekiranya semuanya yang sudah ditetapkan oleh Tuhan itu baik, apa baiknya dalam takdir kita melakukan maksiat? Apabila persoalan itu dilontarkan ke khalayak pendengar, ku menjadi ragu2.. tiangku goyah.. Ilmuku yang dangkal ini meriak tidak keruan..  Bisik  hatiku, nih soalan killer nih.. Maunya tiba2 soalan itu diajukan oleh yang bukan sama kepercayaan?? Setidak-tidak terkulat di depan si penyoal.. Mujur ustaz tidak membuatkan persoalan itu sebagai suatu kerja rumah, pantas soalan itu dijawabnya sendiri.. Katanya, takdir maksiat itu baik bagi hamba apabila selepas melakukannya hamba itu bertaubat dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.. Dan kerana merasakan dirinya telah semberono melupakan Zat yang menciptakan dirinya, dan membenarkannya bernafas tanpa putus, membolehkannya merasa kasih sayang, mampu menatap keindahan alam dan merasakan pergolakan emosi seorang insan, maka hamba itu memperhebatkan IBADAHNYA (yang jelas sekali bukan termaktub dalam hal2 yang berkaitan spiritual sahaja)… Dek kerana merasakan kemudiannya betapa hebatnya cinta dari Yang Maha Mencintai, maka hamba itu semakin maju dan bertambah kuat keimanannya.. begitulah ulasannya yang tempoh hari ku dengar..

Namun, tujuan post kali ini bukanlah untuk merungkai mengenai hal itu, sungguh ilmu saya masih dangkal untuk membicarakannya.. Apa yang ingin saya coretkan disini adalah bagaimana saya merasakan kasih Allah itu masih tidak putus buat diri ini yang sekian hari membuat dosa meski kecil mahupun besar.. membuat kesalahan daripada tanpa sengaja melupakan kewujudanNya seketika dalam melakukan sesuatu, sehingga hanyut melayan nafsu dalam melakukan sesuatu..

Semalam (baru nk masuk cerita daa), takdir tuhan telah menetapkan bahawa ayahku masih terlupa untuk mengambil jadual pembelajaran di masjid… Dan ini membuatkan kami sekeluarga tidak tahu tajuk pembelajaran yang akan dibincangkan.. Selesai sudah bersembahyang jemaah, ku menunggu kelibat ustaz yang akan memberikan ceramah kali ini. Tidak lama, ku lihat ramai jemaah mula mencapai senaskah Quran dan mula merapat kehadapan.. Pembelajaran hari ini tentu menggunkan Quran, getus hatiku.. Maka, dengan cepat ku berjalan keluar untuk pulang ke rumah mengambil naskah Quran terjemahanku. Dalam langkah lipas ku itu, sempat ku mengerling melihatkan ustaz yang akan memberikan ceramah.. Wah, Ustaz Fahmi.. kegemaran sekeluarga ni.. Msti mak n abah seronok bila tahu.. Maka dengan hati yang riang, ku pulang, ambil naskah Quranku, dan memberitahu parents.. (mak sedih sbb x dpt pergi, abah ku lihat cepat2 bersiap, maklumlah…) Baru semalam harinya (kelmarin) ku berdoa agar ditemukan dengan kuliah ustaz ini… rindu, pusing2 semalaysia bru abis… sekarang baru ader kesempatan..

Maka, kerana penyakit maluku yang tidak bertempat, ku memutuskan untuk mendengar kuliah dari luar sahaja (masih nampak ustaz dan slide show nya).. Kuliah tafsir, ayat kursi lagi.. hehe, best~ (jgn jeles).. Sepanjang kuliah berlangsung seperti biasa, selain daripada kehadiran seorang uncle yang tidak ku sedari di belakang ku..(ustaz tu punyer kuliah terlalu mencuri pandangan) ku beralih untuk memberikan laluan pandangan padanya untuk sama2 mengikuti kuliah dengan lebih khusyuk.. dia bertanyakan kepadaku ayat yang dibincangkan kali ini, ayat kursi kataku.. dalam diam kusedari, gagap percakapan uncle nih ye.. namun masih ku pendam dan terus sambung menatap ustaz dan slidenya.. Seusai sudah kuliah, sembahyang jemaah Isya’ pula.. kemudian sewaktu selesai solat sunat ba’diyah, uncle td sekali lg muncul didepanku.. rupanya2 menungguku selesai solat supaya dia boleh mengambil bagnya.. Sedikit2, dia membawaku kepada perbualan (ku mengaku ku kekok dengan stranger, maka ku pon kekok lah ngan uncle nih, dia tnyer sepatah, ku jawab sepatah).. Dalam perbualanku, dia memberitahu bahawa dia sekarang mengidap stroke.. Hatiku tergoncang tak semena mendengarkan.. ttber jer mata rase panas.. Alamak, empangan nk pecah.. ish, construction work lemah larr, asyik pecah jerk.. Cepat2 ku minta beransur, takot maloo..

Dalam kereta, abis pipi basah.. ish, tisu lak x bawak.. wahaha.. Dalam diam hati ku berbisik…

Seorang yang berumur, yang jalannya menggunakan tongkat, itupon masih kurang stabil.. cakapnya gagap-gagap.. pendengarannya pun dh kurang.. dan itu dia sedang berdiri di tangga masjid, bersusah payah menuruni tangga.. dan semestinya dia sebegitu bersusah payah menaiki tangga.. dan sebegitu juga dia bersusah payah untuk hadir ke masjid.. mungkin kerana itu dia lambat tadi.. TAPI, semua itu tidak menghalangnya untuk terus menguatkan imannya.. Stroke itu yang menjadi takdir baginya, yang menjadi ujian baginya ditempuhi dengan redha..

Tapi aku?? Hanya kerana malas, ku lambatkan perjalananku ke masjid.. Hanya kerana pening kepala, ku lesenkan nya supaya tidak ke masjid.. mampukah aku untuk masih tegar menjadi penduduk masjid sekiranya ku ditimpa ujian seberat itu nanti? kuatkan binaan iman yang telah aku bina untuk menahan serangan godaan syaitan yang bertalu2 x mengenal lelah? wahai aku, ambillah pengajaran.. Hari ini Tuhan mu memperlihatkan seorang hambaNya kepadamu..

Tidak lain untuk kamu mengambil iktibar.. Ampunkan dosaku Yaa Rabb

 

http://c.n.0.e.aimini.net/player/mp3/?file=http://c.n.0.e.aimini.net/play/?fid=e0ncQUIOuKhtR6pggtn7&auto=yes&repeat=yes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s